


Banyak pertandingan realiti tv sedang dipertontonkan kepada kita.Malah ada syarikat tv sedang merencanakan untuk menambah lagi rancangan berbentuk realiti tv ini.kenapa perkara ini berlaku adalah semata-mata kerana dasar rancangan tv seperti ini mampu mendatangkan keuntungan yang lebih kepada Syarikat tv.
Apa kaitannya kita dengan persoalan diatas, biarlah mereka kaya ianya tak menjadikan kita miskinpun.Untungnya kita pula dengan berlumba-lumbanya Syarikat gergasi tv ini memperbanyakkan pertandingan berbentuk realiti tv maka ada sebablah kita duduk depan tv dan rasanya lebih ekonomikal dari ke kedai kopi dan berbual kosong.
Sebenarnya Syarikat tv ni sememangnya mahukan kita terlibat bersama kerana lebih banyak kita terlibat maka lebih kayalah mereka.Hakim pertandingan tidak lagi dibayar tetapi hakim pertandingan jenis ini yang terpaksa membayar untuk menjadi hakim.Selalunya dalam suatu pertandingan nyanyian hanya terdapat tidak lebih dari 5 orang hakim sahaja sebaliknya pertandingan realiti tv sekarang melibatkan berjuta hakim.Wow!! ramainya hakim borang penghakiman pun mungkin dibawa dengan beberapa buah kontena.
Tak kiralah itu semua, pendek kata yang sebenarnya adakah jutaan hakim tadi mampu menjalankan proses penghakiman sebaik 5 orang tadi. Apakah kriteria atau ruang yang perlu kita perhatikan untuk tujuan memilih pemenang.Adakah mutu suara,pic,tempo atau penampilan yang kita titik beratkan.Adakah kita benar faham tentang mutu atau hanya serkap jarang kerana kita boleh jadi hakim tanpa kelulusan tertentu. Kadangkala kita terpaksa memberi markah kerana kesihankan kedudukan peserta yang agak rendah dalam carta.Ini tidak langsung mengambar etika kita sebagai hakim. Berdirinya seorang hakim dalam sesebuah pertandingan adalah untuk mencari pemenang dengan berpandukan satu konsep sahaja iaitu kualiti terbaik.Apa yang jelas bagi saya ialah kekadang ada juri jemputan yang terpaksa merayu kepada hakim di rumah untuk membuat penghakimam dengan berpandukan kualiti dan bukannya faktor-faktor lain.
Sepatutnya jutaan hakim ini telah banyak belajar dari pengalaman sejak pertandingan realiti tv yang pertama dahulu. Kita seharusnya peka kepada ingin memperbaiki sistem permakahan kita.Jangan jadikan seolah-olah kita sedang menghakimkan pertandingan ratu cantik.Sebagai hakim yang berjiwa profesional kita perlu adil memilih pemenang kerana pemenang itu kita sendiri yang pilih dan pilihan itu perlu berkualiti tinggi.
Apapun saya kira perlukan rancangan tv untuk mendidik hakim-hakim ini yang sebelum sesebuah rancangan realiti tv dijalankan.Cukuplah sekali saja untuk kesemua rancagan realiti tv sepanjang tahun.
Biar orang kata kita bukan hakim profesional tetapi kita adalah hakim berjiwa profesional.