BADTHMUSIC FACULTY

This blog seeks to acquire various aspects of music no matter small or large space of knowledge. Music educators will find much of interest by access this blog.Although seen it quite formal to the music people only but those who always listen to the music are also considered as music lovers like us.

Wednesday, 18 July 2012

LAGU KEBANGSAAN


Lagu kebangsaan adalah lagu yang menjadi simbol suatu negara atau negeri. Biasanya lagu ini ditetapkan oleh hukum, tetapi kebanyakan tidak, seperti pada lagu kebangsaan Inggeris, God Save The Queen.

Perbezaan antara lagu kebangsaan dengan lagu patriotik adalah  lagu kebangsaan ditetapkan secara rasmi menjadi simbol suatu bangsa. Selain itu, lagu kebangsaan biasanya merupakan satu-satunya lagu resmi suatu negara atau negeri yang menjadi ciri khasnya.



BANGLADESH



Amar Shonar Bangla (Bangla Emasku) (Bengali:আমার সোনার বাংলা) adalah lagu yang ditulis dan digubah oleh penyair Bengali Rabindranath Tagore pada tahun 1905. Sepuluh baris pertama lagu ini diadaptasi sebagai lagu kebangsaan Bangladesh pada tahun 1972.









SEPANYOL


Marcha Real (Mac Diraja) adalah lagu kebangsaan Sepanyol. Merupakan satu dari beberapa lagu kebangsaan yang tidak mempunyai lirik pada asalnya.
Marcha Real adalah lagu yang agak tua di Eropa. Asal-usulnya tidak diketahui. Ia telah disebut di dalam dokumen "Libro de Ordenanza de los toques militares de la Infantería Española", sebuah buku panduan meniup trumpet untuk membunyikan isyarat-isyarat karangan Manuel de Espinosa. Dalam buku ini, lagu Marcha Real diberi nama Marcha Granadera (Musik Perbarisan Granadiers) tetapi tidak pula diberitahu siapa yang menggubahnya.
Pada tahun 1770, Raja Carlos II menitahkan bahawa lagu Marcha Granadera didendangkan di upacara-upacara umum dan istiadat. Lama-kelamaan rakyat Sepanyol menganggap lagu tersebut sebagai lagu kebangsaan mereka dan menggelarnya Marcha Real atau Muzik Kerajaan kerana sering diperdengarkan saat Raja atau anggota keluarganya hadir.






THAILAND


Phleng Sansoen Phra Barami (Thai: เพลงสรรเสริญพระบารมี) adalah lagu kerajaan Thailand. Muziknya berdasarkan sebuah lagu raja, "Aug Sadet Kunnang". Muzik lagu ini diciptakan oleh seorang komposer Rusia bernama Pyotr Schurovsky. Liriknya disusun oleh Raja Narisaranuvadtivongs, sekitar 1913, dan kemudian dibuat semakan oleh Raja Rama VI. Phleng Phleng Sansasoen Phra Barami adalah lagu kebangsaan Siam sampai 1932, ketika digantikan oleh Phleng Chat. Lagu kerajaan ini dimainkan dalam acara kenegaraan, serta ketika seorang anggota tingkat tinggi dari keluarga kerajaan hadir untuk sebuah acara. Selain itu lagu kerajaan ini juga masih dimainkan sebelum awal setiap filem serta sebelum dimulainya babak pertama dalam drama, musikal, konser, dan pertunjukan live yang lain dari muzik atau teater di Thailand. Pada awal dan penutupan prgoram siaran TV dan radio, lagu kerajaan ini juga dimainkan. Sebagai contoh, Saluran 7 Thailand menyiarkan video lagu kerajaan ini dengan menampilkan gambar-gambar Raja Bhumibol Adulyadej sejak lahir sampai sekarang. Walaupun bukanlah lagu kebangsaan lagi, lagu ini tetap digunakan sebagai lagu kerajaan Thai sampai sekarang.


Pada bulan April 2008, dilaporkan bahwa seorang warga negara Thailand menghadapi tuduhan pidana "Lèse majesté" (penghinaan kepada raja) karena tidak berdiri saat dimainkannya lagu kerajaan ini di sebuah bioskop film di Bangkok. 







INDONESIA



Indonesia Raya adalah lagu kebangsaan Republik Indonesia. Lagu ini pertama kali diperkenalkan oleh komposernya, Wage Rudolf Soepratman, pada  28 Oktober 1928 pada saat Kongres Pemuda II di Batavia. Lagu ini menandakan kelahiran pergerakan nasionalisme seluruh nusantara di Indonesia yang mendukung idea satu "Indonesia" sebagai penerus Hindia Belanda, daripada dipecah menjadi beberapa koloni.
Stanza pertama dari Indonesia Raya dipilih sebagai lagu kebangsaan ketika Indonesia mencapai kemerdekaannya pada tanggal 17 Agustus 1945.
Indonesia Raya dimainkan pada upacara bendera. Bendera Indonesia dinaikkan dengan khidmat dan gerakan yang diatur sedemikian supaya bendera mencapai puncak tiang bendera ketika lagu berakhir. Upacara bendera utama diadakan setiap tahun pada tanggal 17 Agustus untuk memperingati hari kemerdekaan Indonesia. Upacara ini dipimpin oleh Presiden Indonesia.







PORTUGAL



 Portugis,  dalam bahasa Portugal: [ɐ puɾtuˈɣezɐ], adalah lagu kebangsaan Portugal. Lagu ini disusun oleh Alfredo Keil dan dikarang oleh Henrique Lopes de Mendonça selama kebangkitan gerakan nasionalis yang dipicu oleh ultimatum Britania tahun 1890 kepada Portugal mengenai koloni-koloninya di Afrika. Lagu ini digunakan sebagai lagu mars pemberontakan republik yang gagal pada Januari 1891 di Porto dan diadaptasi sebagai lagu kebangsaan Republik Portugal yang baru lahir tahun 1911, menggantikan O Hino da Carta ( Lagu Piagam), lagu kebangsaan monarki konstitusional sebelumnya yang sudah runtuh.






Semua lagu di atas mempunyai sejarah penciptaanya yang tersendiri. Banyak lagu juga berasaskan lagu diRaja  dimana asalnya dimainkan dalam upacara diRaja. Syair dan sajak juga banyak mempengaruhi lagu lagu kebangsaan bagi sesetengah negara. Ada juga penciptanya bukan berasal dari negara yang sama.

Akhir kata dari saya semua Negara di dunia perlu ada lagu Kebangsaan masing masing demi kedaulatan sesebuah negara.


Monday, 16 July 2012

APA SUDAH JADI DGN INDUSTRI LAGU…….

Berjumpa kita lagi…. agak lama kita tidak bersua. Dalam anggaran saya lebih kurang 1 tahun setengah. Dalam jangka masa yang begitu lama terdapat banyak perkara yang saya temui atau lalui yang bertemakan muzik. Ada diantaranya bertambah baik dan ada diantaranya juga bertambah merudum.
Perjalanan merentasi tema muzik ini banyak memperlihatkan kumpulan PERCUSSION tumbuh dengan pesatnya. Banyak juga kumpulan DIKIR BARAT tumbuh dengan tersiarnya rancangan KAROOT KOMIDIA. Budaya kita secara tidak langsung melekat di hati kanak-kanak. Saya suka apabila ia melibatkan kanak-kanak kerana merekalah PEWARISNYA.
Perkembangan yang paling ketara saya kira munculnya yang dahulunya MAT ROCK tetapi sekarang sudah mula membaca not.. Apa yang saya dapat katakana pada masa kini ialah kalau nak masuk TV kena pandai baca not. MAT ROCK ni sebenarnya senang untuk mengusai not muzik kerana mereka ni INSAN BERBAKAT. Percaya atau tidak bagi mereka yang mampu dihantar oleh ibubapa mereka ke kelas muzik sejak dari kecil tidak semestinya berbakat. Sebaliknya MR ini semuanya berbakat besar. Lebih ramai nampaknya pemuzik dikalangan pemuda dan pemudi melayu. STRING department juga nampak ketara. Pengubah muzik baru juga bertambah mutunya dengan gubahan cara terkini dan penuh dengan IDEA hasil kerja mereka.
Agak panjang lebar saya ceritakan perjalanan merentasi tema muzik dalam jarak 1 tahun setengah memperlihatkan kecermelangan. Saya meminta ribuan ampun dan maaf sekiranya topik yang akan dibicarakan nanti menyinggung perasaan individu tertentu.
Kita berbalik kepada tajuk “ Apa Sudah Jadi Dgn Industri Lagu…………….” Saya sengaja mengunakan perkataan INDUSTRI kerana ianya bermaksud besar. Lagu yang baik sangat susah untuk kita andaikan pada masa kini. Berkembangnya sistem komunikasi di peringkat global telah banyak membawa perubahan di peringkat Nasional. Betapakah mudahnya orang sekarang ni dapat berhubung dengan sekelip mata sahaja di serata dunia.
Apakah perkaitannya dengan dunia muzik seperti yang kita bincangkan sekarang. Dengan ujudnya penyanyi dari barat seperti : NORAH JONES, JUSTIN BIEBER , KUMPULAN LEGACI, CHRISTINA PERRI, CHARICE dan lain-lain. Mereka semua di atas terbit dari satu cara moden untuk ketengahkan diri mereka sebagai penyanyi. Cara penonjolan jenis ini pada satu ketika dulu pernah dipelopori oleh kumpulan INDIE walaupun konsep memperkenalkan kumpulan mereka agak sedikit berbeza namun pendekatannya agak jelas.
Justin Bieber dan kawan-kawan di atas mencuba market mereka dengan mencipta lagu sendiri dan menyanyikan lagu mereka itu di YOU TUBE. Dengan cara ini populariti menjadi asas untuk menang dalam pertandingan siapa lebih di sukairamai. Peminat akan datang dahulu sebelum mereka mendapat tawaran dari syarikat rakaman.
Pada masa dulu seseorang yang berhajat untuk menjadi penyanyi di perlukan menghantar DEMO TAPE . Urusan DT ini berdasarkan seseorang yang berhajat itu perlu menyanyikan lagu orang dan dinilai oleh syarikat rakaman. Proses ini berjalan dengan jayanya selama beberapa dekat lamanya. RAmai diantara penyanyi popular dan EVERGREEN hidup senang dengan cara ini.
Mari kita kaitkan persoalan ini dengan artis-artis dari negara kita……….. Di Malaysia juga tidak kurang penyanyi-penyanyi timbul dengan cara YOUTUBE ni. Mereka membawa bersama lagu ciptaan mereka semasa diYOU TUBE. Inilah persoalan sebenar kita dalam talk saya kali ini. Secara jujurnya adakah lagu yang timbul dari proses ini benar-benar bermutu ataupun sekadar untuk dijadikan BATU LONJATAN untuk seseorang itu popular. Benar mereka sememangnya popular dan terdapat jutaan peminat mereka. Saya berpendapat lagu yang popular itu tidak semestinya baik. Adakah lagu mudah menjadi satu trend sekarang. Rakyat negara ini memang pendengar yang tegar tapi bukan penilai yang sepatutnya. Janganlah kita tipu mereka kerana mereka adalah pendengar tegar. Difinasi lagu yang baik adalah lebih terpeinci lagi sifatnya. Kita tidak perlu ukur sesebuah lagu tentang MODULATION atau yang lebih dalam lagi. Lagu perlukan penyeri dari penyanyi ataupun penyanyi perlukan lagu sebagai penyerinya.
Saya percaya ramai KOMPOSER dari golongan graduan dalam bidang ini merasakan seperti saya tetapi malas nak campur urusan orang lain dan kita tidak seharusnya mempertikaikan karya orang lain. TAPI SAMPAI BILA…….. Seorang composer yang benar-benar berbakat perlu juga member komen yang membina demi untuk seperti saya katakana tadi INDUSTRI LAGU. Saya memohon maaf sekali lagi kerana apa yang saya katakan adalah dari hati yang suci murni.
Lebih terkini lagi ialah sejak zaman DOWNLOAD maka ramai composer terkenal agak was-was untuk membawa lagu yang bermutu mereka di khalayak pasaran dan ada di antara mereka terus senyap untuk berkarya sedangkan mereka ini bertaraf tinggi dalam soal penciptaan lagu. Asalnya perkara ini dikesan dii INDONESIA . Jelas ciptaan mereka banyak bergantung kepada irama 80an dan 90an. Ekoran dari seberang maka composer tanahair juga telah terikut-ikut. Banyak lagu-lagu dari nusantara masa kini amat mirip dengan lagu 80an dulu. Betul adanya dating dari composer baru tetapi bagaimana pula lagu yang dicipta oleh composer terkenal. Isu DOWNLOAD janganlah di jadikan alasan kerana lebih tidak jujur lagi kesannya terhadap INDUSTRI LAGU memandangkan ianya adalah dari hasil karya composer terkenal dan bukannya dari budak-budak yang baru nak belajar mencipta lagu : kord C AM F G…….
Saya ingin memberi cadangan agar composer ambillah MELODY LINE dari zaman yang agak kebelakang sedikit dari 80an supaya individu seperti saya (zaman 80an dan 90an) tidak dapat merasakan suasana ciplak menciplak berlaku. Lagu-lagu dari zaman 50an MELODY LINE memang menarik. Bagi composer YOUTUBE pula janganlah memperjudikan lagu untuk kepentingan diri. APA SUDAH JADI DGN INDUSTRI LAGU……..