BADTHMUSIC FACULTY

This blog seeks to acquire various aspects of music no matter small or large space of knowledge. Music educators will find much of interest by access this blog.Although seen it quite formal to the music people only but those who always listen to the music are also considered as music lovers like us.

Saturday 30 January 2010

Pengaruh Penonton Sebagai Hakim Pertandingan







Banyak pertandingan realiti tv sedang dipertontonkan kepada kita.Malah ada syarikat tv sedang merencanakan untuk menambah lagi rancangan berbentuk realiti tv ini.kenapa perkara ini berlaku adalah semata-mata kerana dasar rancangan tv seperti ini mampu mendatangkan keuntungan yang lebih kepada Syarikat tv.

Apa kaitannya kita dengan persoalan diatas, biarlah mereka kaya ianya tak menjadikan kita miskinpun.Untungnya kita pula dengan berlumba-lumbanya Syarikat gergasi tv ini memperbanyakkan pertandingan berbentuk realiti tv maka ada sebablah kita duduk depan tv dan rasanya lebih ekonomikal dari ke kedai kopi dan berbual kosong.

Sebenarnya Syarikat tv ni sememangnya mahukan kita terlibat bersama kerana lebih banyak kita terlibat maka lebih kayalah mereka.Hakim pertandingan tidak lagi dibayar tetapi hakim pertandingan jenis ini yang terpaksa membayar untuk menjadi hakim.Selalunya dalam suatu pertandingan nyanyian hanya terdapat tidak lebih dari 5 orang hakim sahaja sebaliknya pertandingan realiti tv sekarang melibatkan berjuta hakim.Wow!! ramainya hakim borang penghakiman pun mungkin dibawa dengan beberapa buah kontena.



Tak kiralah itu semua, pendek kata yang sebenarnya adakah jutaan hakim tadi mampu menjalankan proses penghakiman sebaik 5 orang tadi. Apakah kriteria atau ruang yang perlu kita perhatikan untuk tujuan memilih pemenang.Adakah mutu suara,pic,tempo atau penampilan yang kita titik beratkan.Adakah kita benar faham tentang mutu atau hanya serkap jarang kerana kita boleh jadi hakim tanpa kelulusan tertentu. Kadangkala kita terpaksa memberi markah kerana kesihankan kedudukan peserta yang agak rendah dalam carta.Ini tidak langsung mengambar etika kita sebagai hakim. Berdirinya seorang hakim dalam sesebuah pertandingan adalah untuk mencari pemenang dengan berpandukan satu konsep sahaja iaitu kualiti terbaik.Apa yang jelas bagi saya ialah kekadang ada juri jemputan yang terpaksa merayu kepada hakim di rumah untuk membuat penghakimam dengan berpandukan kualiti dan bukannya faktor-faktor lain.



Sepatutnya jutaan hakim ini telah banyak belajar dari pengalaman sejak pertandingan realiti tv yang pertama dahulu. Kita seharusnya peka kepada ingin memperbaiki sistem permakahan kita.Jangan jadikan seolah-olah kita sedang menghakimkan pertandingan ratu cantik.Sebagai hakim yang berjiwa profesional kita perlu adil memilih pemenang kerana pemenang itu kita sendiri yang pilih dan pilihan itu perlu berkualiti tinggi.



Apapun saya kira perlukan rancangan tv untuk mendidik hakim-hakim ini yang sebelum sesebuah rancangan realiti tv dijalankan.Cukuplah sekali saja untuk kesemua rancagan realiti tv sepanjang tahun.

Biar orang kata kita bukan hakim profesional tetapi kita adalah hakim berjiwa profesional.

7 comments:

  1. first off all..tahniah..cantik blog...bgus...
    saya setuju..program skrg mmg bnyak guna voting..x salah gune sistem ni tp penonton yang bnyk salah guna kuasa bukan vote kerana talent tp kerana personaliti bila dengar suara hancur..ini boleh menyebabkan reputation juri and artis tu sendiri jatuh.kita perlu ukur talent bkn personaliti..tak di nafikan personaliti penting tp bakat suara tu lagi penting utk market kt luar..especially girls msti plih kerana paras rupa.ni la namanya salah guna kuasa..kepada para juri pula kita perlu berterus terang secara jujur untuk memastikan product yang keluar tu btul2 boleh laris dengan kontrak di luar dalam bidang seni..kita perlu lbih peka untuk selamatkan bidang seni kita..
    dari..
    effa

    ReplyDelete
  2. pada pndapat aku la, mmg kebanyakan penonton pada peringkat permulaannya akan memilih peserta yang berwajah cantik dan handsome, tetapi keadaan ini akan berubah apabila pertandingan memasuki fasa seterusnya, pada peringkat ini penonton mula memilih peserta yang berbakat dan bersuara merdu. maklumlah penonton dan pendengar muzik pada hari ini sudah celik muzik dan boleh membezakan yg mana intan dan yang mana kaca. tq

    ReplyDelete
  3. I sukalah isu ini kerana I nak berkongsi pengalaman.Selalunya I cuba pilih yang I rasa memang kuat dari segi kebolehan penyanyi tetapi bila I tengok ranking tak serupa macam yang I pilih,jadi mungkin orang macam I kurang tapi yang pilih rupa atau orang kampung mereka sediri agak ramai.Akhirnya I rasa bila sampai peringkat akhir ok apa keputusan hakim di rumah.
    Liver Of The Pool fc

    ReplyDelete
  4. Ok,isu ni bagus diperdebatkan.Kerana keuntungan pihak tertentulah perkara sebegini berlaku.Tapi takpelah kalau dah trend sekarang bergerak dengan arus kemodenan masa. Cuma sekarang ini kita iaitu kementerian tertentu atau mediamassa perlu mendidik (educate) masyarakat dalam bidang seni ini especially music.cthnya penekanan pendidikan music di sekolah paling sesuai kerana semua orang hantar anak ke sekolah. Jadi, bila semua ada pengetahuan sekurang-kurang asas(basic)mereka boleh menilai dari segi kualiti sesuatu persembahan itu.Masa itu sudah tentu orang tidak akan mempertikaikan atau memperlekehkan keputusan sesuatu rancangan realiti yang telah diaakan.Akhir sekali tahniah kepada anda yang memperjuangkan nasibseni music yang Universal ini. I love You..... wahead wale-wale

    ReplyDelete
  5. Sejak lahirnya program2 pertandingan realiti TV, kita telah mengalami banyak perubahan dalam senario industri muzik tanah air yang membawa kita kepada satu ganjakan paradigma atau 'paradigm shift'. Program2 ini sangat berfaedah kepada penganjurnya yang mengaut keuntungan berganda-ganda. Mereka yang masuk sebagai peserta terdiri dari bakat2 baru yang cuba mengejar impian untuk menjadi seniman popular di masa depan dengan secara express. Tetapi, sayang seribu kali sayang, mereka semua ni menjadi mangsa kepada sistem undi sms. Khalayak ramai mempunyai beberapa lapisan dari sudut profession, kemahiran, kefahaman dalam bidang seni muzik, dan umur. Jumlah besar dari bilangan undian datangnya dari golongan belia dan anak2 muda yang buat pilihan berdasarkan lebih kepada rupa daripada bakat sebenar. Di antara juri-juri professional yang digunakan ada juga yang tidak professional. Mereka mengeluarkan kritikan negative yang bisa dan pedih lebih dari membina Kita dengar pun rasa naik meluat Besar kemungkinan juri-juri seperti ini, yang tidak bertauliah, tidak sedar bahawa mereka telah menjatuhkan air muka dan memalukan anak2 muda ini di hadapan jutaan penonton.Patutkah ini berlaku? Saya rasa itu tak manis kalaulah nak mengaku sebagai professional.

    ReplyDelete
  6. bro..sejak dulu lagi bila menggunakan undian sms memang tidak pernah

    sekali pun setuju..benar kata kamu tu..masing2 kita belum tahu tahap

    pengetahuan tentang muzik itu sendiri..so..apa2 aje yg guna undi sms

    ni..minta maafla..tak masuk buku pun.

    JEBAT KING...

    ReplyDelete
  7. akhirnya bakat yang menyerlahkan seniman....

    ReplyDelete