BADTHMUSIC FACULTY

This blog seeks to acquire various aspects of music no matter small or large space of knowledge. Music educators will find much of interest by access this blog.Although seen it quite formal to the music people only but those who always listen to the music are also considered as music lovers like us.

Saturday 30 January 2010

Pengaruh Penonton Sebagai Hakim Pertandingan







Banyak pertandingan realiti tv sedang dipertontonkan kepada kita.Malah ada syarikat tv sedang merencanakan untuk menambah lagi rancangan berbentuk realiti tv ini.kenapa perkara ini berlaku adalah semata-mata kerana dasar rancangan tv seperti ini mampu mendatangkan keuntungan yang lebih kepada Syarikat tv.

Apa kaitannya kita dengan persoalan diatas, biarlah mereka kaya ianya tak menjadikan kita miskinpun.Untungnya kita pula dengan berlumba-lumbanya Syarikat gergasi tv ini memperbanyakkan pertandingan berbentuk realiti tv maka ada sebablah kita duduk depan tv dan rasanya lebih ekonomikal dari ke kedai kopi dan berbual kosong.

Sebenarnya Syarikat tv ni sememangnya mahukan kita terlibat bersama kerana lebih banyak kita terlibat maka lebih kayalah mereka.Hakim pertandingan tidak lagi dibayar tetapi hakim pertandingan jenis ini yang terpaksa membayar untuk menjadi hakim.Selalunya dalam suatu pertandingan nyanyian hanya terdapat tidak lebih dari 5 orang hakim sahaja sebaliknya pertandingan realiti tv sekarang melibatkan berjuta hakim.Wow!! ramainya hakim borang penghakiman pun mungkin dibawa dengan beberapa buah kontena.



Tak kiralah itu semua, pendek kata yang sebenarnya adakah jutaan hakim tadi mampu menjalankan proses penghakiman sebaik 5 orang tadi. Apakah kriteria atau ruang yang perlu kita perhatikan untuk tujuan memilih pemenang.Adakah mutu suara,pic,tempo atau penampilan yang kita titik beratkan.Adakah kita benar faham tentang mutu atau hanya serkap jarang kerana kita boleh jadi hakim tanpa kelulusan tertentu. Kadangkala kita terpaksa memberi markah kerana kesihankan kedudukan peserta yang agak rendah dalam carta.Ini tidak langsung mengambar etika kita sebagai hakim. Berdirinya seorang hakim dalam sesebuah pertandingan adalah untuk mencari pemenang dengan berpandukan satu konsep sahaja iaitu kualiti terbaik.Apa yang jelas bagi saya ialah kekadang ada juri jemputan yang terpaksa merayu kepada hakim di rumah untuk membuat penghakimam dengan berpandukan kualiti dan bukannya faktor-faktor lain.



Sepatutnya jutaan hakim ini telah banyak belajar dari pengalaman sejak pertandingan realiti tv yang pertama dahulu. Kita seharusnya peka kepada ingin memperbaiki sistem permakahan kita.Jangan jadikan seolah-olah kita sedang menghakimkan pertandingan ratu cantik.Sebagai hakim yang berjiwa profesional kita perlu adil memilih pemenang kerana pemenang itu kita sendiri yang pilih dan pilihan itu perlu berkualiti tinggi.



Apapun saya kira perlukan rancangan tv untuk mendidik hakim-hakim ini yang sebelum sesebuah rancangan realiti tv dijalankan.Cukuplah sekali saja untuk kesemua rancagan realiti tv sepanjang tahun.

Biar orang kata kita bukan hakim profesional tetapi kita adalah hakim berjiwa profesional.

Tuesday 26 January 2010

Sejauh mana kita setia pada genre lagu yang kita minat



Terima Kasih,

Saya sungguh berbangga kerana dapat menulis dalam blog saya sendiri dan berharap dapat berkongsi pengalaman dalam dunia muzik yang tercinta ini. Sebelum ini banyak ruang sembang muzik ini dilakukan di kedai kopi saja. Kadangkala sembang muzik ini selalunya ditewaskan oleh sembang politik yang tak tahu bila akan kesudahannya.

Muzik memang luas aspeknya dan terlalu halus pula perasaannya. Luasnya bidang muzik ini sudah menjadi keperluan dalam kehidupan seharian kita.Skop keperluan ini juga telah menjadi kebiasaan dalam diri seseorang sebagai contoh seorang pemandu begitu rapat dengan radio ketika memandu.Ini berlarutan sehingga mereka berhenti memandu kelak.




Saya ada berkata tentang betapa halusnya perasaan muzik. Saya percaya ramai yang keliru dengan kenyataan itu. Apa yang di maksudkan oleh saya sebenarnya adalah sudah pasti setiap dari kita pasti ada pegangan sendiri tentang jenis genre lagu yang diminati. Atas pegangan ini saya rasa ramai yang mampu mempertahankan hujah mereka demi jenis genre lagu tadi. Inilah yang dimaksudkan perasaan yang begitu halus pengertiannya.




Kita tinggalkan perkara di atas dan mari kita cari persoalan tentang adakah benar kita mampu bertahan dengan satu genre lagu sahaja dalam kehidupan kita. Saya minat kepada genre Jazz tidak kira ianya funk,blues atau sebagainya. Walaupun ianya menjadi jawapan kepada pertayaan orang lain terhadap jenis genre lagu yang saya minati namun kadang kala ianya boleh berubah mengikut suasana tertentu. Saya percaya ramai di luar sana yang amat fanatik dengan rock tapi adakah rock itu akan berjaya terus dalam carta kehidupannya seharian. Nyanyian dalam bilik mandi contohnya saya suka menyanyi lagu ballad ketika mandi supaya saya tidak mandi kerbau.






Ada jenis lagu membawa kepada linangan air mata kepada kita. Saya amat kagum dengan irama asli kita yang dapat membawa suasana sayu dalam diri saya. Adakah sayunya saya kerana arrangment lagu atau lirik lagu mahupun kerana gnere itu sendiri saya belum dapat jawapannya. Lagu -lagu jenis ini amat sesuai didengar kepada saya ketika saya sedang marah lebih-lebih lagi jika lagu S.M Salim. Jika mud saya sedih pula saya belum begitu faham dengan kehendak jiwa saya pada ketika itu.




Aktiviti memandu sering dikaitkan dengan lagu. Apakah jenis lagu yang paling sesuai didengari oleh orang ramai ketika memandu. Adakah terdapat unsur tertentu yang boleh mempengaruhi pemanduan kita contohnya jika mendengar lagu ballad ketika memandu akan mengantuk pembawaannya. Saya rasa masing-masing ada penjelasan sendiri tentang persoalan ini.