BADTHMUSIC FACULTY

This blog seeks to acquire various aspects of music no matter small or large space of knowledge. Music educators will find much of interest by access this blog.Although seen it quite formal to the music people only but those who always listen to the music are also considered as music lovers like us.

Thursday 18 February 2010

Yang Kurang di Kenali ( SubGenre )

Kisah kita kali ini ialah berkenaan subgenre lagu. Saya kira ramai mengatakan kita sudah bincangkan perkara ini pada talk yang lepas. Tapi bagi saya topik genre kali ini lebih menarik kerana kita akan memperlihatkan tentang jenis subgenre yang jarang orang kenali. Kita amat kenali Rock, Balada, Jazz, Waltz dan lain lagi. Apa yang akan kita kongsikan bersama nanti akan dibekalkan dengan video dari You Tube mengikut tajuk yang jarang kita jumpa ini.

Nu Metal

Nu metal merupakan sub-genre bagi heavy metal yang mula bangkit pada awal 1990an yang menggabungkan muzik grunge,alternatif metal, funk metal, hip hop, serta pelbagai genre heavy metal lain seperti industrial, groove dan thrash.



Keroncong

Keroncong ialah sejenis seni muzik yang berasal dari pengaruh Indonesia. Ia mulai diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok, katoperak dan sebagainya.



Operatic Pop

Pop Opera (bahasa Inggeris: Operatic pop) ialah corak lagu yang dikategorikan di dalam cabang genre muzik pop, dimana lagu – lagu berentak pop dinyanyikan mengunakan suara opera. Kebiasaannya lagu-lagu pop opera dimainkan dengan muzik klasikal (bercorak orkestra) tetapi ia kerap juga dimainkan dengan irama muzik pop. Pop Opera juga disebut atau lebih kenali sebagai "Popera" oleh ramai penulis media dan pengkritik lagu.



World Music

World Music atau Muzik Dunia adalah sebutan bagi aliran muzik yang bukan termasuk muzik popular dan muzik klasik, serta mempunyai elemen "etnik". Biasanya yang termasuk kategori ini adalah muzik-muzik rakyat Eropah (folk song) dan muzik dari negara-negara dunia ketiga seperti negara-negara di Asia dan Afrika.



(Emocore

Emo atau emocore merupakan salah satu subgenre punk hardcore yang bermula pada penghujung tahun 1980-an. Band yang sering dikatakan mula-mula membawa genre ini adalah band hardcore Rites of Spring dan Embrace yang merupakan band-band dari scene DC. Kemudiannya pada pertengahan 1990-an, istilah emo mula digunakan untuk merujuk scene indie yang terpengaruh dengan bunyi Fugazi. Band-band ini mempunyai bunyi emo yang berstail rock indie, lebih melodik dan kurang onar. Antara band-band awal dalam scene ini adalah Sunny Day Real Estate dan Texas Is The Reason.



Acid Jazz

Acid jazz (dikenal juga dengan jazz Club) adalah genre muzik yang menggabungkan elemen-elemen muzik soul, funk, dan disco. Genre ini dikembangkan pada tahun 1980-an dan 1990-an, awalnya pada kelab malam di Selatan England. DJ Gilles Peterson dan Chris Bangs umumnya dikenal sebagai yang menciptakan istilah acid jazz, pada tahun 1987.

Monday 8 February 2010

.Muzikalnya P.Ramlee.



Siapa yang tak kenal dengan beliau, seantero nusantara masih memuji kehandalan beliau walaupun telah lama meninggalkan kita.Dari kecil terus ke dewasa dan golongan tua juga amat mengkagumi beliau.

Tan Sri P. Ramlee telah dilahirkan bernama Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh pada 22.3.1929 di Pulau Pinang. Cemerlang seninya bergemerlapan sekitar tahun 1948 hingga 1973. Dalam jangka masa tersebut Tan Sri telah mengukir nama dalam bidang lakonan, penulisan lagu dan pengarahan filem. Itulah serba sedikit tentang diri beliau secara umum.


P. Ramlee sebenarnya sangat beruntung kerana di persekitarannya wujud satu fenomena dimana muzik adalah satu keperluan dalam kehidupan masyarakat ketika itu. Industri hiburan mula menular dengan pesatnya. Kumpulan muzik juga tidak ketinggalan.


Tan Sri memulakan Ilmu muziknya dengan muzik Keroncong. Bagi saya muzik keroncong ada kelebihannya tersediri amat muzikal dan unik dari segi gubahannya dan perlu juga kita lihat counter lagu yang menarik dan tidak ketinggalan bass line yang tersendiri. Antara kumpulan keroncong yang melibatkan Tan Sri ialah Kumpulan Pemuda Indonesia Keroncong Party (1946) dan Kumpulan keroncong Pulau Pinang sebelum itu.



Disamping Keroncong yang mendukung ilmu muzik P. Ramlee beliau juga sudah mula kenal akan muzik barat. Penglibatannya dalam Orkes Mutiara (1946) membawa beliau terus berkembang dari segi muzikalnya. Bercerita tentang Orkestra ni terdapat banyak kelebihannya. Sebenarnya bakat Tan Sri telah digabungkan dengan kelebihan jenis muzik yang diceburi maka inilah yang saya katakan tadi iaitu beliau sangat beruntung.


Dengan kebolehan yang ada Tan sri telah diberi peranan untuk memimpin Orkes Malay Film Production maka tercetuslah lagi satu penghormatan kepada beliau kerana pada pandangan saya seorang komposer yang mampu membuat gubahan ( Arrangment) nya sediri akan menghasilkan satu set lagu yang baik. Gabungan ini diserikan lagi dengan penglibatan beliau sebagai Pengarah filem.



Banyak lagu-lagu Tan Sri berunsur atau genrenya menyeluruh. Saya akan senaraikan beberapa contoh lagu-ciptaan P. Ramlee yang pelbagai.

Ballad : Engkau Laksana Bulan, Merak Kayangan
Komedi : Pok-Pok Bujang Lapuk
Patriotik : Perwira
Nasyid : Rukun Islam,Alhamdulillah
Tradisional
Asli : Nak Dara Rindu
Inang : Inang Baru
Joget : Joget Si Pinang Muda
Zapin : Zapin Malaysia
Keroncong : Keroncong Kuala Lumpur
Pengaruh Cina : Apek dan Mardinah
Pengaruh Arab : Ya Habibi Ali Baba


P. Ramlee tidak pernah merakamkan album dalam bahasa inggeris tetapi banyak lagu-lagu beliau berunsurkan muzik barat.

A go-go : Terbang Burung Terbang
Andante : Mengapa riang ria
Beguine : Merak Kayangan
Bolero : Juwita
Mambo : Kwek Mambo
Rumba : Bila Larut Malam
Samba : Nasi Goreng
Twist : Bunyi Gitar

Saya rasa Tan Sri sangat lengkap. Kita di Malaysia ramai komposer yang hebat dan ramai juga pengubah lagu tapi tak ramai komposer bertaraf pengubah yang baik dan sebaliknya.



Bagi saya mungkin nak jadi P.Ramlee amat jauh sekali cukuplah kalau kita dapat jadi rakan-rakan yang seangkatan dengan beliau seperti…
Zubir Said, Osman Ahmad, Yusuf B, Ahmad Jaafar dan Ahmad Nawab.

Saturday 6 February 2010

Muzik dan fakta....



Kali ini kta bertemu lagi dalam perkara yang agak realistik iaitu berkenaan fakta.
Marilah kita nilai sejauh mana pengetahuan sedia ada kita berkenaan muzik dengan mengikuti satu persatu fakta yang diberi di bawah. Saya percaya banyak fakta dibawah nanti akan membawa ilmu baru bagi kita dalam mengenali ilmu muzik secara menyeluruh dan dapat kita kenali betapa luasnya tajuk atau skop muzik ini.



Fakta-fakta muzik

-Ahli kaji purba telah menemui alatan muzik tertua berusia 30,000 tahun.

-Pengunaan kod mula digunakan di awal abad ke 18.

-Penumpuan terhadap muzik nyanyian hanya berlaku pada zaman muzik Baruque sekitar 1600—1750

-Pemuzik klasik India kurun ke 19 memainkan hasil karya bermutu tinggi tanpa membaca notasi muzik

-Buku sejarah Cina menyatakan di negara mereka persembahan muzik cina pernah di adakan seawal 600 tahun sebelum masihi.

-Muzik di Afrika selalunya dikaitkan dengan tarian sebaliknya di timur tengah di kaitkan dengan drama.

-Orkestra Klasik Jepun ( Kagaku ) wujud sejak kurun ke lapan masihi.



-Opera Cina klasik masih bertahan dalam bentuk asalnya selama 400 tahun.

-Violin yang terbaik dibuat di sekitar kurun ke 16 dan 17 di Italy oleh Stardivari, Guarneri dan keluarga Armati.



-Alat muzik Rekorder pernah dimainkan dalam Orkestra Bach dan Handel.

-Dalam muzik era Bach panjang sebuah Trumpet adalah di antara 7 hingga 8 kaki tidakseperti era Haydn, Mozart dan Beethoven di mana Trumpet bentuknya seperti sekarang.

-Trombone mula dicipta 600 tahun dahulu dengan nama asalnya ialah (Sackbut).








-Tuba menghasilkan not terendah dalam keluarga Brass.

-Keluarga alat muzik Saxaphone mula dicipta sekitar tahun 1840an oleh Adolphe Sax.

-Alat muzik Harp selalunya terdapat 47 tali.

-Alat muzik perkusi Timpani juga digelar (Kettle Drum).

-Alat muzik tradisional Gong pada satu ketika itu dipanggil (Tam-Tam)

-Alat perkusi Kastenet dirujuk boleh membawa mud atau citarasa Sepanyol.

-Alat muzik Maracas merupakan sebuah alatan muzik yang berasal dari Amerika Selatan.

-Sebelum tahun 1700 alat violin tidak pernah dibahagi kepada bahagian bunyi ( Parts ).

-Orang mula menghayati muzik nyanyian di sekitar tahun 1760.

-Beethoven (1770-1827) merupakan orang yang pertama membawa masuk alat Trombone ke dalam Orkestranya untuk penghasilan kesan bunyi yang lebih kuat dalam karyanya.

-Komposer French Belioz berhasrat untuk membentuk Orkestranya dengan alatan sebanyak.

 240 Alat bertali.

30 Piano

30 Harp

Dan tambahan kepada alat Wind dan perkusi yang sedia ada.

-Konduktor hanya wujud lebih kurang 100 tahun yang lalu.


Adakah banyak fakta di atas yang anda telah tahu atau kebanyakkannya baru anda tahu.
Saya amat berbangga jika dapat kita tambahkan fakta yang lain tentang muzik ini dengan komen yang akan anda berikan dibawah nanti.Bagi sesiapa yang tidak mempunyai fakta muzik ianya tidak menjadi kesalahan bagi mereka untuk komen berkenaan tajuk muzik dan fakta ini.

Saya amat percaya sangat dengan tertulisnya fakta muzik seperti ini maka ramai orang yang akan mengenali muzik dengan secara tidak formal tetapi padat dengan infomasi marilah kita perbanyakkan fakta yang lebih pelik dan menarik untuk dikongsi bersama.