
Shahrul Anuar bin Zain (lahir 15 Februari 1970; juga dikenali sebagai Anuar Zain), merupakan seorang penyanyi Malaysia yang terkenal. Shahrul Anuar Bin Zain berbintang Aquarius, dilahirkan pada 15 Februari 1970 di Merlimau, Melaka.
Beliau merupakan adik kepada penyanyi wanita, Ziana Zain dan merupakan anak kedua daripada 5 adik-beradik dan satu-satunya yang masih bujang antara mereka.
Antara lagu-lagu yang hitz adalah seperti Keabadian Cinta, Sesucinya Cintamu dan banyak lagi.
Perjalanan seni
Adik kepada penyanyi Ziana Zain ini merupakan orang terawal yang bergiat ke dunia hiburan pada zaman remaja apabila beliau telah menghasilkan album duet bersama Elena. Ketika itu lagu yang amat diminati ialah "Kain Pelikat".

Namun, perjuangan pasangan duet ini akhirnya terpaksa dibubarkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Setelah kerjaya seni Anuar tidak dapat diteruskan, Anuar mengambil keputusan bekerja bersama syarikat penerbangan MAS, pada penghujung 80-an.
Hampir sepuluh tahun menyepikan diri, akhirnya pada 1998 Anuar Zain muncul kembali apabila beliau menandatanggani kontrak bersama syarikat Warner Music Malaysia Sdn. Bhd. dan menghasilkan sebuah album yang bertajuk 'Anuar Zain' yang mengandungi lagu-lagu popular seperti "Bila Resah", "Jangan Bersedih Lagi", "Kita" dan "Musim Berlalu".
Pada tahun 2000, beliau telah dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun 1999. Walau bagaimanapunm perselisihan faham dengan syarikat Warner Music membuatkan beliau keluar dari syarikat itu lalu telah dilamar oleh syarikat Synchsound Music Sdn. Bhd. Beliau menghasilkan album bersama syarikat berkenaan dengan lagu-lagu popular antaranya "Permata", "Mungkin", "Keabadian Cinta", "Sesucinya Cintamu".

Beliau turut cuba menonjolkan diri dalam bidang lakonan apabila muncul dalam filem "Bintang Hati" bersama dengan pelakon dan penyanyi sensasi Amy Mastura. Dengan cubaan demi cubaan, Anuar Zain akhirnya melangkah dengan lebih berani lagi ke dalam industri seni tanah air hingga menjulang namanya apabila dinobatkan dengan pelbagai anugerah. Kini, Anuar Zain masih diminati dan dikenali ramai.
Anugerah/Kejayaan Seni

Anugerah ERA 2005
Vokal Lelaki Pilihan
Anugerah Planet Muzik 2005
Penyanyi Lelaki Paling Popular
Anugerah HYPE 2004
Penyanyi Lelaki Ter-HYPE!
Anugerah Media Hiburan 03/04
Penyanyi Lelaki Popular
Artis Lelaki Kacak
Anugerah Bintang Popular 2004
Penyanyi Lelaki Popular
Anugerah Planet Muzik 2004
Penyanyi Lelaki Paling Popular
Anugerah ERA 2003
Vokal Lelaki Pilihan
Anugerah Personaliti Hiburan 2002
Penyanyai Lelaki Solo/Berkumpulan
Anugerah Industri Muzik 1999
Penyanyi Baru Lelaki Terbaik
Penyanyi Lelaki Terbaik
No comments:
Post a Comment