BADTHMUSIC FACULTY

This blog seeks to acquire various aspects of music no matter small or large space of knowledge. Music educators will find much of interest by access this blog.Although seen it quite formal to the music people only but those who always listen to the music are also considered as music lovers like us.

Saturday, 6 February 2010

Muzik dan fakta....



Kali ini kta bertemu lagi dalam perkara yang agak realistik iaitu berkenaan fakta.
Marilah kita nilai sejauh mana pengetahuan sedia ada kita berkenaan muzik dengan mengikuti satu persatu fakta yang diberi di bawah. Saya percaya banyak fakta dibawah nanti akan membawa ilmu baru bagi kita dalam mengenali ilmu muzik secara menyeluruh dan dapat kita kenali betapa luasnya tajuk atau skop muzik ini.



Fakta-fakta muzik

-Ahli kaji purba telah menemui alatan muzik tertua berusia 30,000 tahun.

-Pengunaan kod mula digunakan di awal abad ke 18.

-Penumpuan terhadap muzik nyanyian hanya berlaku pada zaman muzik Baruque sekitar 1600—1750

-Pemuzik klasik India kurun ke 19 memainkan hasil karya bermutu tinggi tanpa membaca notasi muzik

-Buku sejarah Cina menyatakan di negara mereka persembahan muzik cina pernah di adakan seawal 600 tahun sebelum masihi.

-Muzik di Afrika selalunya dikaitkan dengan tarian sebaliknya di timur tengah di kaitkan dengan drama.

-Orkestra Klasik Jepun ( Kagaku ) wujud sejak kurun ke lapan masihi.



-Opera Cina klasik masih bertahan dalam bentuk asalnya selama 400 tahun.

-Violin yang terbaik dibuat di sekitar kurun ke 16 dan 17 di Italy oleh Stardivari, Guarneri dan keluarga Armati.



-Alat muzik Rekorder pernah dimainkan dalam Orkestra Bach dan Handel.

-Dalam muzik era Bach panjang sebuah Trumpet adalah di antara 7 hingga 8 kaki tidakseperti era Haydn, Mozart dan Beethoven di mana Trumpet bentuknya seperti sekarang.

-Trombone mula dicipta 600 tahun dahulu dengan nama asalnya ialah (Sackbut).








-Tuba menghasilkan not terendah dalam keluarga Brass.

-Keluarga alat muzik Saxaphone mula dicipta sekitar tahun 1840an oleh Adolphe Sax.

-Alat muzik Harp selalunya terdapat 47 tali.

-Alat muzik perkusi Timpani juga digelar (Kettle Drum).

-Alat muzik tradisional Gong pada satu ketika itu dipanggil (Tam-Tam)

-Alat perkusi Kastenet dirujuk boleh membawa mud atau citarasa Sepanyol.

-Alat muzik Maracas merupakan sebuah alatan muzik yang berasal dari Amerika Selatan.

-Sebelum tahun 1700 alat violin tidak pernah dibahagi kepada bahagian bunyi ( Parts ).

-Orang mula menghayati muzik nyanyian di sekitar tahun 1760.

-Beethoven (1770-1827) merupakan orang yang pertama membawa masuk alat Trombone ke dalam Orkestranya untuk penghasilan kesan bunyi yang lebih kuat dalam karyanya.

-Komposer French Belioz berhasrat untuk membentuk Orkestranya dengan alatan sebanyak.

 240 Alat bertali.

30 Piano

30 Harp

Dan tambahan kepada alat Wind dan perkusi yang sedia ada.

-Konduktor hanya wujud lebih kurang 100 tahun yang lalu.


Adakah banyak fakta di atas yang anda telah tahu atau kebanyakkannya baru anda tahu.
Saya amat berbangga jika dapat kita tambahkan fakta yang lain tentang muzik ini dengan komen yang akan anda berikan dibawah nanti.Bagi sesiapa yang tidak mempunyai fakta muzik ianya tidak menjadi kesalahan bagi mereka untuk komen berkenaan tajuk muzik dan fakta ini.

Saya amat percaya sangat dengan tertulisnya fakta muzik seperti ini maka ramai orang yang akan mengenali muzik dengan secara tidak formal tetapi padat dengan infomasi marilah kita perbanyakkan fakta yang lebih pelik dan menarik untuk dikongsi bersama.

1 comment:

  1. Bestlah fakta-fakta yang diberi. I selalu juga dengar fakta tentang muzik ni tapi yang biasa-biasa saja. I setuju seperti kata penulis adalah lebih baik ditambahkan fakta diatas untuk orang-orang biasa seperti kami melihatnya.

    I ada kawan bermain Trombone disebuah orkestra tapi tak tahu tentang fakta Trombone yang di tulis diatas. Dekat mana penulis dapat fakta ini kalau dapat kita berkongsi bersama.

    Ada tak fakta tentang lagu seram lagi best tu kalau ada.....
    ( Liver of The Poll fc )

    ReplyDelete