BADTHMUSIC FACULTY

This blog seeks to acquire various aspects of music no matter small or large space of knowledge. Music educators will find much of interest by access this blog.Although seen it quite formal to the music people only but those who always listen to the music are also considered as music lovers like us.

Monday, 8 February 2010

.Muzikalnya P.Ramlee.



Siapa yang tak kenal dengan beliau, seantero nusantara masih memuji kehandalan beliau walaupun telah lama meninggalkan kita.Dari kecil terus ke dewasa dan golongan tua juga amat mengkagumi beliau.

Tan Sri P. Ramlee telah dilahirkan bernama Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh pada 22.3.1929 di Pulau Pinang. Cemerlang seninya bergemerlapan sekitar tahun 1948 hingga 1973. Dalam jangka masa tersebut Tan Sri telah mengukir nama dalam bidang lakonan, penulisan lagu dan pengarahan filem. Itulah serba sedikit tentang diri beliau secara umum.


P. Ramlee sebenarnya sangat beruntung kerana di persekitarannya wujud satu fenomena dimana muzik adalah satu keperluan dalam kehidupan masyarakat ketika itu. Industri hiburan mula menular dengan pesatnya. Kumpulan muzik juga tidak ketinggalan.


Tan Sri memulakan Ilmu muziknya dengan muzik Keroncong. Bagi saya muzik keroncong ada kelebihannya tersediri amat muzikal dan unik dari segi gubahannya dan perlu juga kita lihat counter lagu yang menarik dan tidak ketinggalan bass line yang tersendiri. Antara kumpulan keroncong yang melibatkan Tan Sri ialah Kumpulan Pemuda Indonesia Keroncong Party (1946) dan Kumpulan keroncong Pulau Pinang sebelum itu.



Disamping Keroncong yang mendukung ilmu muzik P. Ramlee beliau juga sudah mula kenal akan muzik barat. Penglibatannya dalam Orkes Mutiara (1946) membawa beliau terus berkembang dari segi muzikalnya. Bercerita tentang Orkestra ni terdapat banyak kelebihannya. Sebenarnya bakat Tan Sri telah digabungkan dengan kelebihan jenis muzik yang diceburi maka inilah yang saya katakan tadi iaitu beliau sangat beruntung.


Dengan kebolehan yang ada Tan sri telah diberi peranan untuk memimpin Orkes Malay Film Production maka tercetuslah lagi satu penghormatan kepada beliau kerana pada pandangan saya seorang komposer yang mampu membuat gubahan ( Arrangment) nya sediri akan menghasilkan satu set lagu yang baik. Gabungan ini diserikan lagi dengan penglibatan beliau sebagai Pengarah filem.



Banyak lagu-lagu Tan Sri berunsur atau genrenya menyeluruh. Saya akan senaraikan beberapa contoh lagu-ciptaan P. Ramlee yang pelbagai.

Ballad : Engkau Laksana Bulan, Merak Kayangan
Komedi : Pok-Pok Bujang Lapuk
Patriotik : Perwira
Nasyid : Rukun Islam,Alhamdulillah
Tradisional
Asli : Nak Dara Rindu
Inang : Inang Baru
Joget : Joget Si Pinang Muda
Zapin : Zapin Malaysia
Keroncong : Keroncong Kuala Lumpur
Pengaruh Cina : Apek dan Mardinah
Pengaruh Arab : Ya Habibi Ali Baba


P. Ramlee tidak pernah merakamkan album dalam bahasa inggeris tetapi banyak lagu-lagu beliau berunsurkan muzik barat.

A go-go : Terbang Burung Terbang
Andante : Mengapa riang ria
Beguine : Merak Kayangan
Bolero : Juwita
Mambo : Kwek Mambo
Rumba : Bila Larut Malam
Samba : Nasi Goreng
Twist : Bunyi Gitar

Saya rasa Tan Sri sangat lengkap. Kita di Malaysia ramai komposer yang hebat dan ramai juga pengubah lagu tapi tak ramai komposer bertaraf pengubah yang baik dan sebaliknya.



Bagi saya mungkin nak jadi P.Ramlee amat jauh sekali cukuplah kalau kita dapat jadi rakan-rakan yang seangkatan dengan beliau seperti…
Zubir Said, Osman Ahmad, Yusuf B, Ahmad Jaafar dan Ahmad Nawab.

3 comments:

  1. Saya suka lihat posting seperti ini mengenai muzik sudah mula dilakukan oloeh pecinta muzik tempatan. Izinkan saya komen sedikit mengenai penulisan ini.

    1. "..... Ramlee tidak pernah merakamkan album dalam bahasa inggeris tetapi banyak lagu-lagu beliau berunsurkan muzik barat.

    A go-go : Terbang Burung Terbang
    Andante : Mengapa riang ria
    Beguine : Merak Kayangan
    Bolero : Juwita
    Mambo : Kwek Mambo
    Rumba : Bila Larut Malam
    Samba : Nasi Goreng
    Twist : Bunyi Gitar"

    Komen - Lagu "Bila Larut Malam" adalah dalam satu jenis rentak yang digelar Rhumba Rock" dulu yang jarang kedengaran sekarang. Sudah pupus. Ianya kombinasi twist dan rhumba dan merupakan satu variasi di mana dram bermain twist dan bass main pattern rhumba iaitu triplet krocet. Rentak ini amat Malaysian kerana rentak ini tidak pernah saya tahu wujud di mana mana.

    2. "Kita di Malaysia ramai komposer yang hebat dan ramai juga pengubah lagu tapi tak ramai komposer bertaraf penggubah yang baik dan sebaliknya".......Apakah defininasi Penggubah dan Komposer anda? Kabur.
    Istilah penulis tiun ( tune writer) disamakan dengan komposer (composer)di Malaysia....x betul. Istilah komposer datang dari Barat dan mempunyai erti yang lebih mendalam. Tapi kita harus ingat bahawa di Dewan Bahasa dan Pustaka tidak ada seorang pemuzik yang bertauliah hingga sekarang untuk membetulkan situasi seperti ini.

    Posted by : Joe Chelliah
    (Email saya: njec@tm.net.my)

    ReplyDelete
  2. I tertarik dengan perbincangan you all tentang lagu P. Ramlee diatas. I tak tahu sebelum ini banyak perkara tentang Tan sri selain dari filem-filemnya yang boleh dibincangkan. I bukanlah orang muzik tapi I suka topik muzik yang mencabar dan ada kaitan dengan kita.

    Lagu P.Ramlee yang I minat ialah " Nak Dara Rindu bestlah lagu tu. Kalau tak silap I lagu tu musical sikit, kalau I salah tolong betulkan. Bagi I P.Ramlee tetap no I mungkin kerana beliau ialah IDOLA agung kita dalam bidang seni.

    Akhir kata dari I teruslah menulis tentang tajuk muzik yang menarik ini. Setakat ini kami orang biasa masih boleh ikut tajuk talk yang anda berikan. Jarang kita lihat talk yang macam ni....
    ( Liver of The Pool fc )

    ReplyDelete
  3. Syabas saudara Badrul, I really appreciated your blog about Tan Sri P.Ramlee. Seliranya beliau masih ada sudah tentu beliau akan lebih membangga tanahair terutama orang melayu khasnya. Generasi sakarang khasnya pemuzik harus mencontohi langkah beliau. Saya tak rasa beliau hanya ada "gifted" tetapi saya yakin beliau adalah seorang yang committed dalam memperbaiki kebolehan diri dalam bidang muzik.Saya tidak pernah jemu mendengar hasil karya beliau terutamanya dalam lagu-lagu yang dihasilkan ia nya begitu "melodious" dan arrangement muziknya yang begitu kemas dan bertaraf antarabangsa.Kalau tidak masa kan orkestra luar negara turut memainkan hasil-hasil karya beliau iaitu Seniman Agung Yang tidak Asing lagi Tan Sri Dr. P.Ramlee..Anak muda sekarang harus belajar seperti Tan Sri kerana walaupun beliau menggubah lagu banyak dipengaruhi gaya barat tetapi masih tidak meninggalkan kebudayaan melayu. itulah yang di namakan takkan melayu Halang Di Dunia.

    ReplyDelete