Blog ini bertujuan memperolehi pelbagai aspek tentang muzik tidak kira kecil atau besar ruang pengetahuaannya.Pendidik muzik pasti akan mendapat banyak faedah dari Blog ini.Walaupun nampak formal kepada orang muzik sahaja namun bagi saya orang yang selalu dengar muzik juga dianggap oleh saya sebagai pencinta muzik seperti kami.
BADTHMUSIC FACULTY
This blog seeks to acquire various aspects of music no matter small or large space of knowledge. Music educators will find much of interest by access this blog.Although seen it quite formal to the music people only but those who always listen to the music are also considered as music lovers like us.
Monday, 8 March 2010
Di Sebalik Lagu Negara Ku.......
NEGARA KU
Negara ku
Tanah tumpahnya darah ku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahgia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertahta
Rahmat bahgia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertahta
Idea untuk mencipta Lagu Kebangsaan timbul apabila negara hampir mencapai kemerdekaan. Lagu rasmi Kebangsaan ini perlu diperdengarkan diupacara pengistiharan kemerdekaan yang telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957. Lantaran itu, pada bulan Febuari 1957, satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan telah diadakan. Hasilnya sebanyak 514 penyertaan telah diterima dari dalam dan luar negara.
Setelah dibuat tapisan, sebanyak empat buah lagu iaitu ciptaan Benjamin Britten, Sir William Walton, Carlo Manetti dan Zubir Said telah disenarai pendekkan daripada 514 penyertaan yang diterima. Bagi memilih lagu kebangsaan, satu Jawatankuasa Khas Pemilihan Lagu Kebagsaan telah dibentuk yang diketuai sendiri oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Keempat-empat lagu tersebut diperdengarkan semula dan telah dimainkan oleh Pacaragam Polis Diraja Malaysia di dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur pada 5 Ogos 1957. Walau bagaimanapun Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan tidak bersetuju dengan keempat-empat lagu tersebut. Y.T.M Tunku sebaliknya mengesyorkan lagu Terang Bulan sebagai lagu Kebangsaan Negara ku. Cadangan ini dipersetujui oleh Jawatankuasa yang lain walaupun pada mulanya mendapat sedikit bantahan.
Lagu Terang Bulan merupakan lagu yang amat disukai oleh Sultan Abdullah , Sultan Perak. Ketika itu baginda berada dalam buangan di Pulau Seychelles. Baginda selalu mendengar lagu tersebut yang dimainkan oleh Pasukan Pancaragam Perancis bagi menghiburkan tentera dan juga orang ramai. Lagu tersebut juga amat disukai dan menjadi siulan oleh penduduk-penduduk di pulau itu.
Lagu Terang Bulan juga telah mencuit hati Raja Chulan. Ketika itu Raja Chulan melawat Raja Abdullah di Pulau Seychelles, baginda amat tertarik dengan lagu ini lalu baginda mempelajari dan memainkan lagu tersebut dengan biola. Apabila kembali ke Perak, Raja Chulan telah memainkan lagu tersebut dihadapan Raja Mansur, yang kemudiannya telah mengesyorkan kepada Sultan Idris, Sultan Perak ketika itu supaya menjadikan lagu Terang Bulan sebagai Lagu Negeri Perak.
Pada tahun 1888 buat pertama kalinya lagu Terang Bulan telah dimainkan sebagai lagu rasmi Negeri Perak di Istana Buckingham England semasa lawatan Sultan Idris Murshidulazam Shah ke London sempena pertabalan Queen Victoria. Bermula dari itulah lagu Terang Bulan menjadi lagu Negeri Perak dan pada tahun 1957 lagu itu telah dijadikan asas sebagai Lagu Kebangsaan Negara Ku.
Notasi muzik lagu Negara Ku telah disediakan oleh Alfonso Soliano (Pemimpin Orkestra Radio Malaya), D.S.P Croft (Pengarah Muzik Pancaragam Polis diRaja), Kepten Lenthall(Pengarah Muzik Pancaragam Askar Melayu, Port Dickson) dan A.T Reed (Ketua Pengarah Radio Malaya). Senikata lagu Kebengsaan Negara telah disediakan olehsatu Jawatankuasa Khas yang juga diketuai oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman Al Haj dengan persetujuan Sultan-sultan Tanah Melayu.
Lagu Kebangsaan Negara Ku diperdengarkan buat pertama kalinya pada 31 Ogos 1957. Upacara menaikkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu di padang Kelab Selangor. Pada masa tersebut bendera Union Jack telah diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu (kini Jalur Gemilang ciptaan Mohamad Hamzah)diiringi lagu Negara Ku. Bermula dari detik inilah lagu Negara Ku terus kekal menjadi lagu rasmi negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
content yg lengkap...lagu negaraku merupakan lagu yang menjadi kebanggaan kita..lagu ini merupakan antara salah satu amanat yang dilahirkan untuk kita agar sentiasa menjaga negara kita..hormatilah lagu negaraku..kerana lagu ini mencerminkan identiti negara kita...pada pendapat saya lagu ini jika dirancakkan lagi akan memberi lebih lagi semangat kpd rakyat..tidak semestinya lagu itu perlu terlalu rancak tetapi sekurang kurangnya boleh memberi lebih semangat kepada rakyat...
ReplyDelete