BADTHMUSIC FACULTY

This blog seeks to acquire various aspects of music no matter small or large space of knowledge. Music educators will find much of interest by access this blog.Although seen it quite formal to the music people only but those who always listen to the music are also considered as music lovers like us.

Tuesday, 30 March 2010

Pelawak Juga Perlukan Lagu Dan Nyanyian.....





Sejak dari dulu pelawak-pelawak telah berjaya menghiburkan kita semua. Saya percaya mereka ini merupakan insan yang sangat istemewa kerana homework mereka sebelum persembahan pastinya penuh dengan idea dan latihan rapi dari mereka. Saya berpendapat begitu kerana saya kira kalaulah seseorang penyanyi ketika membuat persembahan jika tidak dapat tepukan penonton masih lega lagi tetapi bayangkan jika penonton mereka tidak ketawa. Malu dan kesal pada diri sendiri pasti hadir dalam diri mereka.


Nama-nama seperti : Aman Belon, Alias Konggo, Putih Lawak, P. Ramlee, Aziz Satar, S. Shamsudin, Mat Sentul, Ibrahim Pendek, Wahid Satay, A.R Tompel, Ibrahim Din, Jamali Shadat, Hamid Gurka, A.K Jailani dan yang seangkatan dengan mereka.




Saya cuba membariskan pula pada era yang kehadapan dari mereka seperti : Badul, R. Jaafar, Yahya Sulung, Param, Lim Goh Poh, Santhi, Tan Tin, Os, Imuda, Sabri Yunus, Wan Maimunah, Maideen, Peei, Farouk Husin, Ahmad Busu, Zami Ismail, Acapan, Ayapan, Angeline Tan, Khatijah Tan, M. Rajoli, Zaibo, Din Beramboi, Mat Over, Isma Alif, Stanley, Dee & Mun, Harris Iskandar, Aflin Sauki, Abon, Abby Yus, Enot, Didi Alias, Jalil Hamid, Ali Mamak, Harun Salim Bachik,






Pelawak-pelawak masa kini pula cuba saya senaraikan seperti berikut : Samsul Ghau-Ghau, Senario, Saiful Apek, Yasin, Aziz Kota, Hamdan, Ilya, Yus, Johan, Zizan, Angah, Tauke, Nabil, Along, Asrul, Sepah, Man Belon, Amir, Jihan, Kecik, Alex, Idlan Pon-pon.







Apa sebenarnya yang ingin kita bincangkan ialah perkaitan pelawak dengan lagu dan nyayian.
Kita cuba bawa diri kita pada era Studio Jalan Ampas dan Cathay Keris. Banyak persembahan lawak pada ketika itu mengunakan lagu untuk membentuk lebih unsur lawak dalam sesuatu persembahan. Saya suka melihat zaman P. Ramlee masa muda dulu dimana lagu “Kisah Rumah Tangga” amat memberi kesan dalam memperkenalkan P. Ramlee di peringkat awal. Lagu “Aci-Aci Buka Pintu” juga mempunyai kelebihannya tersendiri lebih lagi lagu ini tercipta bersama terciptanya filem “Nasib Si Labu – Labi”. Sebenarnya bukan saja P.Ramlee yang boleh menyanyi sebaliknya rakan-rakannya dalam “Bujang Lapuk” juga boleh menyanyi dengan baik. Mereka yang dimaksudkan ialah Aziz Satar dan S. Samsuddin. Lagu itu bukan saja menarik sebalik dinyanyikan dengan 3 lapisan suara. Selebihnya P. Ramlee dan rakan-rakannya telah menghasil banyak lagu jenaka atau lucu termasuklah “ Do Re Mi”, “Yang Mana Satu”, Madu Tiga” dan lain-lain.

Mat Sentul membawa kembali kita kepada filem-filem pelik beliau diantaranya : “Mat Bond”,“Mat Karung Guni”, “Mat Tiga Suku” dan lain-lain. Mat Sentul sangat jelas mengunakan lagu dan nyanyian beliau sendiri untuk setiap filem beliau. Saya suka lagu “Kalau Sudah Cinta” anda mesti ingat Mat Sentul dengan ayam golek ditangan sambil menyanyi keliling kampung. Setiap filem beliau mengunakan tidak kurang dari 3 hingga 4 buah lagu jenaka sekurang-kurangnya. Walaupun suara beliau tidaklah sehebat P.Ramlee tetapi Mat Sentul berjaya popular di sebalik lagu-lagu lucunya.


Wahid Satay berada di zaman yang agak sama dengan Mat Sentul. Wahid Satay adalah seorang pelawak yang ada sedikit pengaruh Jerry Lewis di Amerika penuh dengan aksi muka dan fizikal. Beliau juga banyak berdiri atas lagu dan nyanyian untuk terus popular sebagai pelawak. Lagu “Kayu”, “Pak Mamat Si Parang Tajam” masih kekal di ingatan saya walaupun sudah agak lama lagu-lagu dicipta.


Mr Os satu nama besar sebagai pelawak tanah air satu ketika dulu. Banyak filem lakunan beliau mendapat Box Office. Dalam kehebatannya sebagai pelawak dia tidak ketinggalan meletakkan lagu lucu bersebelahan dengan popularti beliau. Lagu “Bila Musim Durian".Walaupun lagu itu ialah lagu rakyat negeri Perak sejak dari dulu namun telah digunapakai oleh Mr Os untuk popular bagi kedu-dua pihak.

Mat Over jelas kelihatan membuat lawak dengan lagu-lagu hindustannya. Beliau di kenali benar dengan berlawak sambil menyanyi.

Imuda pernah popular dengan lagu “An Evening In Parit”.

Isma Alif yang mempunyai cara tersendiri untuk membuat lawak selalu mengunakan lagu medley pelbagai artis unutk persembahannya.


Aflin Sauki ialah seorang komposer disamping pelawak namun beliau lebih cenderung untuk membuat persembahan lawak dengan menukar lirik asal kepada lirik lucu dan dilakukan secara spontan. Semua filem lucu beliau pasti ada terdapat lagu nyanyian beliau dan rakan-rakannya.

Jalil Hamid selain dari berlawak beliau memang terkenal kerana lagu jenak atau lucunya terutama lagu “Ayam”, “Hari Raya”. Dua lagu ini cukup meletup satu ketika dulu menaikkan nama Jalil Hamid kerah komidian yang baik.



Siapa tak kenal Ali Mamak sikit-skit menyanyi apabila buat pesembahan lawak. Banyak album telah berjaya dihasilkan oleh beliau disamping kerjaya sebagi pelawak. Ini yang dikatakan side income yang positif.

Harun Salim Bachik pernah pupular dengan lagu “Banjero” satu ketika dulu.

Pelawak pada era ini lebih lagi mengunakan muzik, nyanyian dan lagu. Pelawak masa kini banyaknya timbul dari rancangan reality tv “Raja Lawak” dan sebelumnya dari rancangan TV3 “Pasport Sinaran Kegemilangan”. Rancangan ini sendiri yang mahu melihat pelawak-pelawak ini menyanyikan lagu dan meletakannya dalam slot mingguan mereka. Bagi saya kebanyakkannya boleh menyanyi dengan baik seperti Shamsul Ghau-Ghau(TV3) dan Senario(TV3) . Pelbagai Album telah berjaya dihasilkan oleh mereka. Rancangan terbitan Astro pula(Raja Lawak) menampilkan pelawak yang baik mutu suaranya dan mengikut ranking top ten saya ialah :



1. Johan 2. Sepah 3. Asrul 4. Angah 5. Tauke 6. Along 7. Jihan 8. Alex 9. Idlan 10. Kecik




Lagu-lagu jenaka sewajarnya mendapat tempat di hati peminat kerana ia selalunya mudah dihafal dan sentiasa dibibir kita. Pelawak sejak dari dulu mengunakan nyanyian sebagai umpan untuk menangkap ikan-ikan mereka. Tak salah saya kira kerana ini memberi maksud iaitu lagu dan lawak jenaka mempunyai pertalian yang amat sinonim.

No comments:

Post a Comment