Blog ini bertujuan memperolehi pelbagai aspek tentang muzik tidak kira kecil atau besar ruang pengetahuaannya.Pendidik muzik pasti akan mendapat banyak faedah dari Blog ini.Walaupun nampak formal kepada orang muzik sahaja namun bagi saya orang yang selalu dengar muzik juga dianggap oleh saya sebagai pencinta muzik seperti kami.
This blog seeks to acquire various aspects of music no matter small or large space of knowledge. Music educators will find much of interest by access this blog.Although seen it quite formal to the music people only but those who always listen to the music are also considered as music lovers like us.
Known for his lavish Bollywood film scores, hitmaker A.R. Rahman is a household name in India and it's diaspora.
A.R. Rahman
A.R. Rahman is an Indian composer best known in the West for his collaboration with Sir Andrew Lloyd Webber on the 2002 musical Bombay Dreams. But in India and the Indian diaspora, Rahman is a household name thanks to the hundreds of Bollywood film scores and hit songs that he's penned.
Born A.S. Dileep Kumar in 1966 in Madras (now Chennai), the future megastar grew up in a musical household. He began his music instruction early, beginning piano at the age of 4. After his father's death, young Dileep began to support his family as a professional keyboard player at the age of 11; dropping out of school for a life on the road. He would accompany the great tabla master Zakir Hussain on world tours, and eventually convert to Islam, taking the name Allah Rakha Rahman. And, despite Rahman's failure to complete his formal studies, his raw talent won him a scholarship at the Trinity College of Music at Oxford University, where took a degree in music and studied Western Classical forms. He returned to India in 1987 where he began a career in advertising, honing his pop skills by writing jingles.
Rahman opened his own studio in 1989—Panchathan Record Inn—and soon after moved from advertising to scoring the soundtracks to mainly Tamil-language films. His first great success came in 1992, with the film Roja. By 1995 he had moved on to the even bigger Hindi film market, making a big splash with the smash hit Rangeela. He followed this with string of chart-toppers throughout the '90s, including 1998's Dil Se and culminating in his 2001 masterpiece Lagaan: Once Upon a Time in India , which was nominated for best foreign-language film at the 2002 Academy Awards.
Rahman's music is as day-glo and technicolor as the Bollywood films he scores; vivid and unafraid to employ synthesizers and big pop sounds. A big fan of '80s pop, Rahman's music often puts a sly, Indian spin on pop cliches—something that served him well in his collaboration with Andrew Lloyd Webber. In Bombay Dreams, Rahman adapted the melodies of original hits such as "Chaiyya Chayyia" to new, English language lyrics. The lavish musical was a smash hit in it's original 2002 production in London's West End, but later fizzled when transplanted to Broadway.—Tom Pryor
Sejak dari dulu pelawak-pelawak telah berjaya menghiburkan kita semua. Saya percaya mereka ini merupakan insan yang sangat istemewa kerana homework mereka sebelum persembahan pastinya penuh dengan idea dan latihan rapi dari mereka. Saya berpendapat begitu kerana saya kira kalaulah seseorang penyanyi ketika membuat persembahan jika tidak dapat tepukan penonton masih lega lagi tetapi bayangkan jika penonton mereka tidak ketawa. Malu dan kesal pada diri sendiri pasti hadir dalam diri mereka.
Nama-nama seperti : Aman Belon, Alias Konggo, Putih Lawak, P. Ramlee, Aziz Satar, S. Shamsudin, Mat Sentul, Ibrahim Pendek, Wahid Satay, A.R Tompel, Ibrahim Din, Jamali Shadat, Hamid Gurka, A.K Jailani dan yang seangkatan dengan mereka.
Saya cuba membariskan pula pada era yang kehadapan dari mereka seperti : Badul, R. Jaafar, Yahya Sulung, Param, Lim Goh Poh, Santhi, Tan Tin, Os, Imuda, Sabri Yunus, Wan Maimunah, Maideen, Peei, Farouk Husin, Ahmad Busu, Zami Ismail, Acapan, Ayapan, Angeline Tan, Khatijah Tan, M. Rajoli, Zaibo, Din Beramboi, Mat Over, Isma Alif, Stanley, Dee & Mun, Harris Iskandar, Aflin Sauki, Abon, Abby Yus, Enot, Didi Alias, Jalil Hamid, Ali Mamak, Harun Salim Bachik,
Pelawak-pelawak masa kini pula cuba saya senaraikan seperti berikut : Samsul Ghau-Ghau, Senario, Saiful Apek, Yasin, Aziz Kota, Hamdan, Ilya, Yus, Johan, Zizan, Angah, Tauke, Nabil, Along, Asrul, Sepah, Man Belon, Amir, Jihan, Kecik, Alex, Idlan Pon-pon.
Apa sebenarnya yang ingin kita bincangkan ialah perkaitan pelawak dengan lagu dan nyayian. Kita cuba bawa diri kita pada era Studio Jalan Ampas dan Cathay Keris. Banyak persembahan lawak pada ketika itu mengunakan lagu untuk membentuk lebih unsur lawak dalam sesuatu persembahan. Saya suka melihat zaman P. Ramlee masa muda dulu dimana lagu “Kisah Rumah Tangga” amat memberi kesan dalam memperkenalkan P. Ramlee di peringkat awal. Lagu “Aci-Aci Buka Pintu” juga mempunyai kelebihannya tersendiri lebih lagi lagu ini tercipta bersama terciptanya filem “Nasib Si Labu – Labi”. Sebenarnya bukan saja P.Ramlee yang boleh menyanyi sebaliknya rakan-rakannya dalam “Bujang Lapuk” juga boleh menyanyi dengan baik. Mereka yang dimaksudkan ialah Aziz Satar dan S. Samsuddin. Lagu itu bukan saja menarik sebalik dinyanyikan dengan 3 lapisan suara. Selebihnya P. Ramlee dan rakan-rakannya telah menghasil banyak lagu jenaka atau lucu termasuklah “ Do Re Mi”, “Yang Mana Satu”, Madu Tiga” dan lain-lain.
Mat Sentul membawa kembali kita kepada filem-filem pelik beliau diantaranya : “Mat Bond”,“Mat Karung Guni”, “Mat Tiga Suku” dan lain-lain. Mat Sentul sangat jelas mengunakan lagu dan nyanyian beliau sendiri untuk setiap filem beliau. Saya suka lagu “Kalau Sudah Cinta” anda mesti ingat Mat Sentul dengan ayam golek ditangan sambil menyanyi keliling kampung. Setiap filem beliau mengunakan tidak kurang dari 3 hingga 4 buah lagu jenaka sekurang-kurangnya. Walaupun suara beliau tidaklah sehebat P.Ramlee tetapi Mat Sentul berjaya popular di sebalik lagu-lagu lucunya.
Wahid Satay berada di zaman yang agak sama dengan Mat Sentul. Wahid Satay adalah seorang pelawak yang ada sedikit pengaruh Jerry Lewis di Amerika penuh dengan aksi muka dan fizikal. Beliau juga banyak berdiri atas lagu dan nyanyian untuk terus popular sebagai pelawak. Lagu “Kayu”, “Pak Mamat Si Parang Tajam” masih kekal di ingatan saya walaupun sudah agak lama lagu-lagu dicipta.
Mr Os satu nama besar sebagai pelawak tanah air satu ketika dulu. Banyak filem lakunan beliau mendapat Box Office. Dalam kehebatannya sebagai pelawak dia tidak ketinggalan meletakkan lagu lucu bersebelahan dengan popularti beliau. Lagu “Bila Musim Durian".Walaupun lagu itu ialah lagu rakyat negeri Perak sejak dari dulu namun telah digunapakai oleh Mr Os untuk popular bagi kedu-dua pihak.
Mat Over jelas kelihatan membuat lawak dengan lagu-lagu hindustannya. Beliau di kenali benar dengan berlawak sambil menyanyi.
Imuda pernah popular dengan lagu “An Evening In Parit”.
Isma Alif yang mempunyai cara tersendiri untuk membuat lawak selalu mengunakan lagu medley pelbagai artis unutk persembahannya.
Aflin Sauki ialah seorang komposer disamping pelawak namun beliau lebih cenderung untuk membuat persembahan lawak dengan menukar lirik asal kepada lirik lucu dan dilakukan secara spontan. Semua filem lucu beliau pasti ada terdapat lagu nyanyian beliau dan rakan-rakannya.
Jalil Hamid selain dari berlawak beliau memang terkenal kerana lagu jenak atau lucunya terutama lagu “Ayam”, “Hari Raya”. Dua lagu ini cukup meletup satu ketika dulu menaikkan nama Jalil Hamid kerah komidian yang baik.
Siapa tak kenal Ali Mamak sikit-skit menyanyi apabila buat pesembahan lawak. Banyak album telah berjaya dihasilkan oleh beliau disamping kerjaya sebagi pelawak. Ini yang dikatakan side income yang positif.
Harun Salim Bachik pernah pupular dengan lagu “Banjero” satu ketika dulu.
Pelawak pada era ini lebih lagi mengunakan muzik, nyanyian dan lagu. Pelawak masa kini banyaknya timbul dari rancangan reality tv “Raja Lawak” dan sebelumnya dari rancangan TV3 “Pasport Sinaran Kegemilangan”. Rancangan ini sendiri yang mahu melihat pelawak-pelawak ini menyanyikan lagu dan meletakannya dalam slot mingguan mereka. Bagi saya kebanyakkannya boleh menyanyi dengan baik seperti Shamsul Ghau-Ghau(TV3) dan Senario(TV3) . Pelbagai Album telah berjaya dihasilkan oleh mereka. Rancangan terbitan Astro pula(Raja Lawak) menampilkan pelawak yang baik mutu suaranya dan mengikut ranking top ten saya ialah :
1. Johan 2. Sepah 3. Asrul 4. Angah 5. Tauke 6. Along 7. Jihan 8. Alex 9. Idlan 10. Kecik
Lagu-lagu jenaka sewajarnya mendapat tempat di hati peminat kerana ia selalunya mudah dihafal dan sentiasa dibibir kita. Pelawak sejak dari dulu mengunakan nyanyian sebagai umpan untuk menangkap ikan-ikan mereka. Tak salah saya kira kerana ini memberi maksud iaitu lagu dan lawak jenaka mempunyai pertalian yang amat sinonim.
Negara ku Tanah tumpahnya darah ku Rakyat hidup Bersatu dan maju Rahmat bahgia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertahta Rahmat bahgia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertahta
Idea untuk mencipta Lagu Kebangsaan timbul apabila negara hampir mencapai kemerdekaan. Lagu rasmi Kebangsaan ini perlu diperdengarkan diupacara pengistiharan kemerdekaan yang telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957. Lantaran itu, pada bulan Febuari 1957, satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan telah diadakan. Hasilnya sebanyak 514 penyertaan telah diterima dari dalam dan luar negara.
Setelah dibuat tapisan, sebanyak empat buah lagu iaitu ciptaan Benjamin Britten, Sir William Walton, Carlo Manetti dan Zubir Said telah disenarai pendekkan daripada 514 penyertaan yang diterima. Bagi memilih lagu kebangsaan, satu Jawatankuasa Khas Pemilihan Lagu Kebagsaan telah dibentuk yang diketuai sendiri oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Keempat-empat lagu tersebut diperdengarkan semula dan telah dimainkan oleh Pacaragam Polis Diraja Malaysia di dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur pada 5 Ogos 1957. Walau bagaimanapun Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan tidak bersetuju dengan keempat-empat lagu tersebut. Y.T.M Tunku sebaliknya mengesyorkan lagu Terang Bulan sebagai lagu Kebangsaan Negara ku. Cadangan ini dipersetujui oleh Jawatankuasa yang lain walaupun pada mulanya mendapat sedikit bantahan.
Lagu Terang Bulan merupakan lagu yang amat disukai oleh Sultan Abdullah , Sultan Perak. Ketika itu baginda berada dalam buangan di Pulau Seychelles. Baginda selalu mendengar lagu tersebut yang dimainkan oleh Pasukan Pancaragam Perancis bagi menghiburkan tentera dan juga orang ramai. Lagu tersebut juga amat disukai dan menjadi siulan oleh penduduk-penduduk di pulau itu.
Lagu Terang Bulan juga telah mencuit hati Raja Chulan. Ketika itu Raja Chulan melawat Raja Abdullah di Pulau Seychelles, baginda amat tertarik dengan lagu ini lalu baginda mempelajari dan memainkan lagu tersebut dengan biola. Apabila kembali ke Perak, Raja Chulan telah memainkan lagu tersebut dihadapan Raja Mansur, yang kemudiannya telah mengesyorkan kepada Sultan Idris, Sultan Perak ketika itu supaya menjadikan lagu Terang Bulan sebagai Lagu Negeri Perak.
Pada tahun 1888 buat pertama kalinya lagu Terang Bulan telah dimainkan sebagai lagu rasmi Negeri Perak di Istana Buckingham England semasa lawatan Sultan Idris Murshidulazam Shah ke London sempena pertabalan Queen Victoria. Bermula dari itulah lagu Terang Bulan menjadi lagu Negeri Perak dan pada tahun 1957 lagu itu telah dijadikan asas sebagai Lagu Kebangsaan Negara Ku.
Notasi muzik lagu Negara Ku telah disediakan oleh Alfonso Soliano (Pemimpin Orkestra Radio Malaya), D.S.P Croft (Pengarah Muzik Pancaragam Polis diRaja), Kepten Lenthall(Pengarah Muzik Pancaragam Askar Melayu, Port Dickson) dan A.T Reed (Ketua Pengarah Radio Malaya). Senikata lagu Kebengsaan Negara telah disediakan olehsatu Jawatankuasa Khas yang juga diketuai oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman Al Haj dengan persetujuan Sultan-sultan Tanah Melayu.
Lagu Kebangsaan Negara Ku diperdengarkan buat pertama kalinya pada 31 Ogos 1957. Upacara menaikkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu di padang Kelab Selangor. Pada masa tersebut bendera Union Jack telah diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu (kini Jalur Gemilang ciptaan Mohamad Hamzah)diiringi lagu Negara Ku. Bermula dari detik inilah lagu Negara Ku terus kekal menjadi lagu rasmi negara.