BADTHMUSIC FACULTY

This blog seeks to acquire various aspects of music no matter small or large space of knowledge. Music educators will find much of interest by access this blog.Although seen it quite formal to the music people only but those who always listen to the music are also considered as music lovers like us.

Monday 16 July 2012

APA SUDAH JADI DGN INDUSTRI LAGU…….

Berjumpa kita lagi…. agak lama kita tidak bersua. Dalam anggaran saya lebih kurang 1 tahun setengah. Dalam jangka masa yang begitu lama terdapat banyak perkara yang saya temui atau lalui yang bertemakan muzik. Ada diantaranya bertambah baik dan ada diantaranya juga bertambah merudum.
Perjalanan merentasi tema muzik ini banyak memperlihatkan kumpulan PERCUSSION tumbuh dengan pesatnya. Banyak juga kumpulan DIKIR BARAT tumbuh dengan tersiarnya rancangan KAROOT KOMIDIA. Budaya kita secara tidak langsung melekat di hati kanak-kanak. Saya suka apabila ia melibatkan kanak-kanak kerana merekalah PEWARISNYA.
Perkembangan yang paling ketara saya kira munculnya yang dahulunya MAT ROCK tetapi sekarang sudah mula membaca not.. Apa yang saya dapat katakana pada masa kini ialah kalau nak masuk TV kena pandai baca not. MAT ROCK ni sebenarnya senang untuk mengusai not muzik kerana mereka ni INSAN BERBAKAT. Percaya atau tidak bagi mereka yang mampu dihantar oleh ibubapa mereka ke kelas muzik sejak dari kecil tidak semestinya berbakat. Sebaliknya MR ini semuanya berbakat besar. Lebih ramai nampaknya pemuzik dikalangan pemuda dan pemudi melayu. STRING department juga nampak ketara. Pengubah muzik baru juga bertambah mutunya dengan gubahan cara terkini dan penuh dengan IDEA hasil kerja mereka.
Agak panjang lebar saya ceritakan perjalanan merentasi tema muzik dalam jarak 1 tahun setengah memperlihatkan kecermelangan. Saya meminta ribuan ampun dan maaf sekiranya topik yang akan dibicarakan nanti menyinggung perasaan individu tertentu.
Kita berbalik kepada tajuk “ Apa Sudah Jadi Dgn Industri Lagu…………….” Saya sengaja mengunakan perkataan INDUSTRI kerana ianya bermaksud besar. Lagu yang baik sangat susah untuk kita andaikan pada masa kini. Berkembangnya sistem komunikasi di peringkat global telah banyak membawa perubahan di peringkat Nasional. Betapakah mudahnya orang sekarang ni dapat berhubung dengan sekelip mata sahaja di serata dunia.
Apakah perkaitannya dengan dunia muzik seperti yang kita bincangkan sekarang. Dengan ujudnya penyanyi dari barat seperti : NORAH JONES, JUSTIN BIEBER , KUMPULAN LEGACI, CHRISTINA PERRI, CHARICE dan lain-lain. Mereka semua di atas terbit dari satu cara moden untuk ketengahkan diri mereka sebagai penyanyi. Cara penonjolan jenis ini pada satu ketika dulu pernah dipelopori oleh kumpulan INDIE walaupun konsep memperkenalkan kumpulan mereka agak sedikit berbeza namun pendekatannya agak jelas.
Justin Bieber dan kawan-kawan di atas mencuba market mereka dengan mencipta lagu sendiri dan menyanyikan lagu mereka itu di YOU TUBE. Dengan cara ini populariti menjadi asas untuk menang dalam pertandingan siapa lebih di sukairamai. Peminat akan datang dahulu sebelum mereka mendapat tawaran dari syarikat rakaman.
Pada masa dulu seseorang yang berhajat untuk menjadi penyanyi di perlukan menghantar DEMO TAPE . Urusan DT ini berdasarkan seseorang yang berhajat itu perlu menyanyikan lagu orang dan dinilai oleh syarikat rakaman. Proses ini berjalan dengan jayanya selama beberapa dekat lamanya. RAmai diantara penyanyi popular dan EVERGREEN hidup senang dengan cara ini.
Mari kita kaitkan persoalan ini dengan artis-artis dari negara kita……….. Di Malaysia juga tidak kurang penyanyi-penyanyi timbul dengan cara YOUTUBE ni. Mereka membawa bersama lagu ciptaan mereka semasa diYOU TUBE. Inilah persoalan sebenar kita dalam talk saya kali ini. Secara jujurnya adakah lagu yang timbul dari proses ini benar-benar bermutu ataupun sekadar untuk dijadikan BATU LONJATAN untuk seseorang itu popular. Benar mereka sememangnya popular dan terdapat jutaan peminat mereka. Saya berpendapat lagu yang popular itu tidak semestinya baik. Adakah lagu mudah menjadi satu trend sekarang. Rakyat negara ini memang pendengar yang tegar tapi bukan penilai yang sepatutnya. Janganlah kita tipu mereka kerana mereka adalah pendengar tegar. Difinasi lagu yang baik adalah lebih terpeinci lagi sifatnya. Kita tidak perlu ukur sesebuah lagu tentang MODULATION atau yang lebih dalam lagi. Lagu perlukan penyeri dari penyanyi ataupun penyanyi perlukan lagu sebagai penyerinya.
Saya percaya ramai KOMPOSER dari golongan graduan dalam bidang ini merasakan seperti saya tetapi malas nak campur urusan orang lain dan kita tidak seharusnya mempertikaikan karya orang lain. TAPI SAMPAI BILA…….. Seorang composer yang benar-benar berbakat perlu juga member komen yang membina demi untuk seperti saya katakana tadi INDUSTRI LAGU. Saya memohon maaf sekali lagi kerana apa yang saya katakan adalah dari hati yang suci murni.
Lebih terkini lagi ialah sejak zaman DOWNLOAD maka ramai composer terkenal agak was-was untuk membawa lagu yang bermutu mereka di khalayak pasaran dan ada di antara mereka terus senyap untuk berkarya sedangkan mereka ini bertaraf tinggi dalam soal penciptaan lagu. Asalnya perkara ini dikesan dii INDONESIA . Jelas ciptaan mereka banyak bergantung kepada irama 80an dan 90an. Ekoran dari seberang maka composer tanahair juga telah terikut-ikut. Banyak lagu-lagu dari nusantara masa kini amat mirip dengan lagu 80an dulu. Betul adanya dating dari composer baru tetapi bagaimana pula lagu yang dicipta oleh composer terkenal. Isu DOWNLOAD janganlah di jadikan alasan kerana lebih tidak jujur lagi kesannya terhadap INDUSTRI LAGU memandangkan ianya adalah dari hasil karya composer terkenal dan bukannya dari budak-budak yang baru nak belajar mencipta lagu : kord C AM F G…….
Saya ingin memberi cadangan agar composer ambillah MELODY LINE dari zaman yang agak kebelakang sedikit dari 80an supaya individu seperti saya (zaman 80an dan 90an) tidak dapat merasakan suasana ciplak menciplak berlaku. Lagu-lagu dari zaman 50an MELODY LINE memang menarik. Bagi composer YOUTUBE pula janganlah memperjudikan lagu untuk kepentingan diri. APA SUDAH JADI DGN INDUSTRI LAGU……..

25 comments:

  1. Asalammualaikum Bro BADTH...... Terima Kasih beritahu I tentang post you yang terkini. Lama betul I menanti cerita muzik you. I ialah peminat BLOG you.
    I dah baca post you dan I dapati pandangan you amat tepat sekali terutamanya tentang soal ciplak menciplak. Lagu sekarang memang sama aje dgn dulu.Bukan orang muzik pun boleh menilainya. Lagu komposer baru lagi teruk kalau I salah tolong betulkan ( MONOTENES)(eja melayu). Setelah I dengar lagu-lagu Indon yg you highlightkan betullah irama 80an betul bunyinya.Anyhow tahniah sekali lagi topik yg you bawa selalunya hangat...

    ( LIVE OF THE POOL fc )

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERIMA KASIH LIVER OF THE POOL fc.... saya selalunya menulis dgn rasa jujur dan ikhlas dari hati.....sorry kerana lebih 1 setengah tahun baru nak keluar post baru.....sibuk sikit....TQ

      Delete
  2. Bro... gua suka lihat dari sudut singer come composer. Selalunya lagu mereka ni tak best langsung tapi bukan semua.

    Saya sangat minat tentang topic zaman 80an dan 90an diatas.... mula tu tak perasan sangat dengan contoh youtube tu jelas dan ketara sekali..

    Bro... Blog lu BEST BRO terutamanya post yg lu tulis sendiri.Cara lu sentuh sesuatu subjek tu....EXCELLENT BRO.......

    .Telinga ku ada speaker.

    ReplyDelete
  3. THANK BRO...Telinga ku ada speaker..(best nama pena tu)

    ReplyDelete
  4. Apa nak komen,,,, semuanya hampeh...... Rock still the best era..

    PUT..

    ReplyDelete
  5. Takde jiwa la bro..tak menangkap... Kalau sedap pun stakat boleh dngr jer... X mcm lagu2 dulu. Dulu pnya lagu , dngr intro jer dah meremang.. Tu belum cakap pasal lirik... Haiseh....mana pegi composer dulu2....

    .SILENCE LAMB.

    ReplyDelete
  6. In this industry nowadays, it's no longer what u know but WHOM u know!!! Thousands of talented musicians go wasted without given the chance to exposed themselves. Sad to say that Malaysians worship the westerns more than our own local musics. So, who's to blame? It takes the whole industry starting frm the roots to change this mindset. Otherwise.....

    HONEY BASIR..

    ReplyDelete
  7. ASALAM...

    NAJWA & ANNA RAFALI PUNYA LAGU MEMANG HAPRAK... LAGU DIAORANG NI DISUAIKAN UNTUK SUARA MEREKA YG TERNYATA LEBIH HAPRAK LAGI.... IN TERMS OF QUALITY... RASANYA TIDAK ADIL DIPERBINCANGKAN KERANA MEREKA LANGSUNG TIDAK ADA KUALITI....


    MACAM BRO BADTH KATAKAN TENTANG LAGU ZAMAN SEKARANG.....MACAM BUKAN LAGU BARU.... MACAM DENGAR LAGU DULU.....MALULAH KOMPOSER TERKENAL PULAK YG BUAT ..... TREND MASAKINI AGAK SIMPLE... PENDENGAR & PENCIPTA LAGU AGAKNYA MAHU YG SIMPLE......

    SAYA SUKA LAGU ZAMAN LIONEL RITCHE..... LAGU MEREKA MACAM BERCERITA DAN PENDENGAR MENDENGAR CERITA SAMBIL MENIKMATI LAGU.... BETUL TAK....MY WAY PULA NAMPAK RANCH LAGU YG SIKIT-SIKIT NAIK SAMPAI BETUL-BETUL CLIMAX.....

    RASA GUA ITULAH YG DIMAKSUDKAN OLEH BRO BADTH TENTANG KENAPA TIDAK PERGI KE ERA YG LEBIH JAUH KEBELAKANG....

    NICE TOPIC BRO.... CONTOH VIDEO YG BERKESAN... BOLEH BAWAK MASUK DEWAN KULIAH TOPIK NI....UP TO DATE....

    MACAM MANA PUN NAJWA DAN ANNA RAFALI TETAP HAPRAKKKKKKK.....

    ...LAN AND THE RICE COOKER...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..... LAN AND THE RICE COOKER...

      ANDA MEMANG BERANI...... THANKS... KOMEN YG BAIK....

      JANGAN LUPA MASUK MUSICTALK GUA YG LAIN UNTUK RUANG (KOMEN)

      BERANI KERANA BENAR!!!!!!!! THANKS AGAIN....

      Delete
  8. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini perkembangan industri muzik (komersial) tanahair agak mendatar dan mungkin akan berterusan untuk beberapa tahun yang akan datang. Ini sangat menyedihkan.. puncanya..kegiatan cetakrompak dan juga internet di mana orangramai boleh download lagu secara percuma.

    ReplyDelete
  9. TERIMA KASIH BANYAK DATO KERANA SUDI BERI PANDANGAN TENTANG MUSIC TALK SAYA.....TERHARU BETUL.....

    ReplyDelete
  10. perkara lagu ini sangat subjektif...kerana ia mcm makanan..kita tidak boeh memaksa mereka menelan makanan yg bukan selera mereka. Malaysia ni kecik. Tengok sajalah apabila AF mula diperkenalkan. Satu Malaya tak kuar rumah. Jadi perbualan di warong mamak. Yg kampungpun kumpul duit gadai emas nak amsuk ASTRO>. Bila ada peminat ada pengikut. Penynayi tu sendiri tau bakat dia tak terror mana. tapi peduli apa. Peminat banayk.Bila dibuat lagu peminat beli. Rado siar...Radio yg tak siar akan jadi mundur. Wartawanpun akan menulis mengejar berita...Towkay rekod peduli apa. Janji album laku. soal qualiti bukan urusan mereka.. Bagaiman mendidik masyarakat. Pokonya tidak mudah. Nak cerita kat masyarkat jgnlah dengar Najwa Latif..kod dia simple..Dengarkanlah anuar zain .chord banyak arrangement string diapakai indonesian..susah. Perkara ini terjadi di mana2. Itu dinamakan TREND. susahdah nak kembali ke belakang kerana pendegarpunya kebebasan memilih. Dulu ada radio RTM saja.Kalau RTM tak siar mereka tak boleh dgr. Kesimpulannya lagu adalah subjektif. Kita boleh mendidik pendegar mencari hiburan yg berkualiti tapi kita tidak boleh mekasa mereka jgn memilih. DJ radio pun setengah dia peduli ka qualiti. Diapun takkan nak siarkan Andreu Bocelli atau Josh Groban sepanjang masa.Pendegarpun lari. Susah nak bincanag. Never ending story la bang...Sapa yang nak ajar pendegar tu. Masa saya di Boston kawan saya satu kelas datang dari NEW ORLEANS...new orlesans tu tempat jazz gila babi punya. Tmpt Satchmo Louis Armstrong....Saya kata pewittt..dtg dari NEW ORLEANS..Nothing great about new orleans .I Hate jazz music..dia suka Rock yang 3 chord punya...itu yg duduk dlm lengkungan environment yg serba serbinya jazz..pokonya kalau tak suka tak boleh paksa...SAPA yng nak larang Najwa latif jgn buat lagu..sapa?? takda. Dia claim ada peminat nak dengar. Juga DJ radio claim ada pendengar minta/..susah sangat...panjang lebarnya saya taip.Apapun yg pasti kalau musim raya radio akan berlawan2 main lagu raya. Najwa latif ke mana. Yuna ke mana....

    ReplyDelete
  11. Yg paling baik...sauadar buat petition hanatr kat KEMenterian Pendikan..revise plajaran muzik sekolah rendah..sekolah menegah..then di maktab guru then di semua fakulti2 muzik universiti...kalau tanya org2 mcm saya dan rakan2 FB stakat bagi idea yg tak akan ke mana...Apapun tahniah awak memikir masalah ini lebih dari ,erek2 di atas sana terutamanya pensyarah2 universiti..rasa2nya merekapun tak pernah pike mcm saudara. Tahniah..kita sokong usaha murni cuma perlu ada penyelesaian yang akan mengmabil masa bukan setahun bukan 2 mungkin 20 thn atau lebih

    ReplyDelete
  12. saudara badrul..izinkan sy memberi sedikit pandangan tambahan daripada komen DM..saudara harus melihat dahulu hala tuju sesebuah ciptaan atau komposisi yang saudara atau sesiapa ingin ketengahkan..kita harus tahu membezakan diantara muzik serious..muzik intellectual dan muzik popular..begitu juga muzik tradisi dan sebagainya...cabang seni ini harus bebas dan mempunyai matlamat yg ingin dicapai...jika saudara memlih muzik popular maka kompsisi tersebut harus menuju ke arah lagu-lagu yg mudah..catcy dan akan menjadi popular walupun form lagu tersebut A..ABA..ABC dan sebagainya..jika kita melihat kepada sudut industri maka lagu tersebut harus bersifat popular kerana industri adalh merupakan lagu dibuat khas utk jualan dan ianya harus mudah diterima..selain mampu terjual dgn byk dan diminati oleh golongan yg bukan arif tentang muzik secara detail..maka apa yg diberi maklum oleh DM tadi ianya ibarat makanan..jika makanan itu sesuai dan sedap kene dengan selera pendengar ianya akan mencapai sasaran yg dituju...soal kod progression, modulation bukan isu kerana melody yg baik..mudah di ingati boleh di pelbagaikan sususan muziknya dn termasuk dalam kebolehan seserog arranger utk mewarnakan lagu tersebut kedalam pelbagai genre dan style yg ingin diketengah nanti..now let us evaluate on the horizontal value atau monophony...jika dengan melody sahaja sudah mampu menarik perhatian deria telinga apatah lagi jika ianya disusun denga vetical form yg boleh di susun mengikut diatonik scales..chords yg terhasil dari modes..reharmonization..approach..independent lead dan macam2 lagi mengikut kreativiti kita... sama ada untk menjadikan lagu itu lebih simple but nice atau complexity yg mungkin hanya segelintir bisa memahami...ada org suka yg mudah but nice..dan ini yg paling susah utk dibuat dalam sesebuah ciptaan atau gubahan...so pokoknya disini kita yg bawa direction lagu tersebut kemana destinasi yg ingin dituju...industri lagu serious..intellectual..avant garde dan sbgnya bukan tidak ada tapi kurang diminati oleh masyarakat kebanyakkan yg tidak mementingkan soal teori muzik..history music dan sebagainya...so seperti mana komen DM tadi..lagu ini agak bersifat subjektif dan terpulang lah kepada org yg mendengar untuk menilai kerana pastinya musical preference kita berbeza di antara satu sama lain walupun individu itu juga adalah ahli muzik yg baik...ini pandangan saya,,,harus ada forum baru perkara ini dpt dijelaskan kerana terlalu panjang utk berbicara di sini..

    ReplyDelete
  13. Badrul..u ni betul ke..pi tanya Dr Ramona..salah orang tu..pi tanya Dato Ramli MS

    ReplyDelete
  14. menyentuh soal compositon tidak semsetinya pensyarah muzik yang mempunyai PHD mampu untuk meghasilkan lagu yang baik dan diminati tetapi berbalik kepada kreativiti seseroang individu yang dianugerah bakatnya oleh tuhan untuk menghasilan killer melody atau filler melody..contoh song writer popular saari amri..m.nasir..dan ramai lagi..mereka tidak ada formal music dan hanya pandai utk main gitar..humming mengikut ilham yg diterima ketika itu..walaupun pada asalnya lagu tersebut bersifat lagu kampung tetapi masyarakat kita boleh menerimanya dengan begitu hebat sekali..malah di orketrakan lagu 'gerimis mengundang' oleh indonesian arranger dan lagu tersebut juga mempunyai nilai estetika yang tinggi dan mampu menyentuh perasaan org yg mendengarnya..apabila di analisa baru lah kita dapat mengukur betapa tingginya nilai ciptaan lagu tersebut kerana ianya sampai kepada pendengar melayu (mengkiut hala tuju asal) namun mungkin berbeza penerimaan dgn masyarakat barat atau bangsa lain...saudara harus ingat bahwa setiap yg terhasil mesti melihat kepada nilai budaya kehidupan sesuatu bangsa itu..org melayu suka kepada bunyi yg mendayu makanya lagu hindi juga bisa menyentuh perasaan org melayu wpun kita tidak faham apa bahasa yg dituturkan dlm lagu tersebut..bagi yg meminati muzik jazz dan lain-lain genre..lagu tersebut juga boleh di jazz kan kerana melody(horizontal) sudah baik...yang akan berubah mungkin rhythm nya ada unsur sycopated...anticpation dan harmonynya juga akan menjadi lebih byk bunyi dissonant drpd consonant...atau embellishment...harus akur bahwa isitlah muzik itu ialah 'sains dan seni mengenai bunyi'..bunyi pulak ada pitch dan unpitch..so jika sesuatu karya itu mempunyai seninya..yg lain jugak turut mempunyai seninya juga...maaf saudara bukan nak bagi lecture tapi hanya kita berkongsi pengalaman dan pengtahuan..hehehe...sy pun sudah lama tidak memberi syarahan..udah pencen hihihi....yang lain kena tanya boss aku DM hehehe...

    ReplyDelete
  15. TQ.... TQ.....TQ..... SEMUA.... "THATS WHAT FREIND ARE FOR".....NICE FORUM....GOING ON IN TOWN......TQ.

    ReplyDelete
  16. Untuk menghasilkan sesebuah lagu iaitu melodi dan chord progression, songwriter perlu ada knowledge dalam theori muzik dan juga harmoni.tanpa 2 subjek penting ini idea seeorang komposer itu mungkin akan terbatas.Penggunaan modal interchange (Meminjam chord dari parallel scale seperti lagi dalam C major boleh pinjam chord dari C natural Minor, C Harmonic minor atau mungkin dari C Phrygian).Tools ini dapat membantu seseorang komposer ini mengembangkan idea penulisan lagunya supaya menjadi lebih menarik dan tidak terbatas hanya dengan penggunaan chord yang diatonic(In the key) sahaja, contoh seperti C A- D- G C atau A- D- G C dan seterusnya.kalau lagu dalam major key kita boleh buat progression seperti C F- G- C. Dimanakah datangnya F- dan G- dalam major scale sedangkan dalam scale major ada F Major dan G Dom pada degree ke 4 dan 5.Kita pinjam F Minor dan G minor dari key C natural Minor ( Ini lah yang dikatakan Modal Interchange seperti yg saya katakan diatas).Kalau dilihat pada komposer yang ada di negara kita, saya boleh kategorikan sebahagian dari mereka itu adalah sebenarnya melodi maker sahaja.Hebat dalam penghasilan melodi dan selebihnya diserahkan kepada arranger untuk mencantikan lagu.Memegang title Songwriter mahupun komposer itu sebenarnya amat berat kerana mereka ini semestinya seorang pemuzik yang hebat serta mempunyai knowledge yang baik dalam muzik.apa-apapun semuanya berbalik kepada education. Subjek muzik diperingkat sekolah di negara kita tidak menjadi subjek yg wajib berbanding di negara seperti Indonesia, United states of American, United Kingdom dll.Kenapa lagu artis Indonesia di gilai di Malaysia berbanding lagu artis kita sendiri? G

    ReplyDelete
  17. Jawapannnya kerana lagu mereka lebih menarik, sedap didengar serta pelbagai.Jadi pendengar ada banyak pilihan.Kalau dilihat pada program realiti seperti American Idol, walaupun kuasa mengundi di tangan penonton tapi keputusannya selalunya terbaik kerana mereka ini semua tahu muzik hasil pembelajaran disekolah dari peringkat rendah lagi dan dapat membezakan yg baik dan tidak baik berbanding dgn program realiti di negara kita dimana juaranya selalu dapat bertahan dlm industri utk sementara waktu sahaja.Jadi walau siapa pun kita yg terlibat dgn industri muzik ini perlulah mengisi ilmu penuh didada dahulu sebelum melangkah lebih jauh lagi.Jadi kemana arah Industri lagu ini?Kita yg menentukan.setiap industri perlu ada peneraju (Leader) barulah boleh berkembang dgn baik mengikut standard yg telah ditetapkan.Ini tidak, semuanya nak hentam sahaja..mereka yg tidak bertauliah disanjung dipuja setingginya kerana ada nama dan glamour sahaja diambil kira.

    ReplyDelete
  18. Saya sebagai Pensyarah di jabatan Komposisi Muzik, Fakulti Muzik UiTM Shah Alam amat berbangga dgn bakat yg ada dalam setiap pelajar komposisi.Saya jemput Tuan Blog datang mendengar t karya mereka yang dipersembahakan dalam forum komposisi setiap semester.

    ReplyDelete
  19. OH YEAH......TOLONG BAGITAHU SAYA BILA BRO......TQ SO MUCH....

    ReplyDelete
  20. Coming semester Bulan September.Yr Welcome

    ReplyDelete
  21. YES...SIR..... TQ AGAIN.......SAYA AKAN PERGI...

    ReplyDelete
  22. WOW.....WOW....WOW....KALI NI TERNYATA BEST MUSICTALK SAYA...... SIAPA TAK MENGIKUTINYA BETUL-BETUL RUGI...SEMUA PANDANGAN DIATAS MEMBERI KITA SATU PENGAJARAN YANG PELBAGAI TENTANG SESEBUAH LAGU....

    DARI BERBAGAI SUDUT PENGIAT MUZIK TANAHAIR MANPAKNYA MEMBICARAKAN TAJUK YANG SINIS INI.......BANYAK YANG MEMBERI KEMENANGAN ATAU KEPUASAN KEPADA PENDENGAR..... POPULAR JELAS MEMBAWA ERTI KEPADA TERHASILNYA SESEBUAH LAGU..... DI MALAYSIA ARANGER TERNYATA BERKUASA UNTUK MENGHIDUPKAN SESEBUAH LAGU DAN ADA KETIKANYA LAGU YANG MONOTANOUS PUN DAPAT DI BANTU OLEH ARANGER....

    RUPA-RUPANYA..... UNTUK MENCIPTAKAN SESEBUAH LAGU PERANAN CHORD JUGA MEMAINKAN PERANAN..... MELODI LINE YANG LAIN AKAN TERCIPTA KERANA KEBOLEHAN SESEORANG ITU MENDALAMI SEDIKIT KALAU TIDAK BANYAK PUN TENTANG TEORI MUZIK....

    ITU SEMUA KATA KITA..... KATA ORANG, LAIN PULAK.... KERANA BANYAKNYA GENRE YANG DICIPTA SEBENARNYA OLEH ARR.. PENDENGAR SUDAH ADA BANYAK PILIHAN..... INI SEMUA BUKAN TUGAS KOMPOSER SEBENARNYA.....

    SAYA SUKA MEMETIK KATA " JOE CHELLIAH ( MR JOE THR SIR )..... KOMPOSER BUKAN MACAM DI MALAYSIA NI... SEBALIKNYA GELARAN KOMPOSER TU SEPATUTNYA MACAM MOZART... BEETHOVEN.... DAN SETANDING DENGAN MEREKA... BARULAH GENRE ITU DIKUASAI OLEH MEREKA.....

    FAKTOR YANG MELEMBAPKAN INDUSTRI LAGU..... MASIH PERKARA LAMA IAITU CETAK ROMPAK PADA SATU KETIKA DULU DAN LEBIH DASHYAT LAGI CETAK ROMPAK MASA KINI IAITU DOWNLOAD.......

    RAMAI JUGA MEMILIH LAGU LAMA UNTUK DIGEMARI.... WALAUPUN LAGU BARU BANYAK TERCIPTA NAMUM LAGU LAMA MENJADI PUJAAN MEREKA....

    DEMIKIANLAH RASANYA DAPAT SAYA RUMUSKAN TENTANG MUSICTALK SAYA BERTAJUK " APA SUDAH JADI DENGAN INDUSTRI LAGU......

    SAYA SANGAT TERHUTANG BUDI DENGAN SEMUA PENCERITA DALAM MUSICTALK SAYA KALI INI....SAYA BERHARAP ANDA SEMUA MAHU MELIBATKAN DIRI LAGI DALAM TALK SAYA PADA MASA AKAN DATANG....

    ........................THANK YOU SO MUCH ..........................

    ReplyDelete
  23. Tuan Aznul Haidi Mohd Azmi adalah pencipta lagu berbakat tinggi. Begitu juga Tuan Anuar Dahalan di atas.Kagum dgn mereke. En anuar..telah menhasilkan dan menerbitkan banyak album2 semasa beliau di ambang Kalsik. Begitu juga Aznul..Lagu HItnya Bila Resah Anuar Zain...Malah di Berklee. dia merupakan satu2nya anak Melayu yang menang di Berklee Jazz Composition...ciptaannya STAY WITH ME

    ReplyDelete